Faktor Kewangan Jadi Masalah Utama, 50% Bakal Jemaah Haji Terpaksa Tolak Panggilan Ke Makkah

Situasi kewangan ini secara langsung menjejaskan kelayakan sebahagian besar pendeposit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & NSTP/ASYRAF HAMZAH
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Situasi membimbangkan direkodkan tahun ini apabila sebanyak 50 peratus daripada individu yang telah terpilih untuk menunaikan ibadah haji dilaporkan menolak tawaran tersebut

Menerusi laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, mengesahkan bahawa punca utama kepada penolakan separuh daripada kuota jemaah haji ini adalah disebabkan oleh faktor masalah kewangan yang dihadapi oleh kumpulan yang terjejas.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mendedahkan data yang membimbangkan: 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) dilaporkan mempunyai baki simpanan kurang daripada RM1,300.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Ambil kira semua faktor dan berdasarkan kajian teliti yang dilaksanakan

Menurut beliau, situasi kewangan ini secara langsung menjejaskan kelayakan sebahagian besar pendeposit.

Dengan baki simpanan yang tidak mencapai RM1,300, jumlah tersebut didapati tidak mencukupi dan oleh itu, mereka belum layak untuk menunaikan ibadah haji.

"Ini kerana, TH kini kurang dilihat sebagai institusi penabungan yang mampu menarik simpanan konsisten biarpun ia ditubuhkan dengan dua matlamat utama iaitu sebagai institusi penabungan dan organisasi memudahcara perjalanan haji umat Islam ke Tanah Suci.

"Peranan TH sebagai institusi penabungan mula terkesan apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain yang lebih menarik seperti unit amanah, emas, simpanan pendidikan dan skim persaraan swasta," katanya.

SAYS.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Image via Bernama

Pendedahan ini adalah sebagai jawapan kepada pertanyaan yang diajukan oleh Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai kos keseluruhan, jumlah peruntukan kewangan akhir yang telah dimuktamadkan, serta sumber dana yang digunakan untuk projek penjenamaan semula Tabung Haji (TH).

Dalam responsnya, Mohd Na'im menyatakan bahawa berdasarkan data, trend, dan kajian teliti yang dilaksanakan, serta mengambil kira semua faktor yang berkaitan, adalah penting bagi TH untuk mengambil langkah strategik melalui pelaksanaan peremajaan jenama (brand rejuvenation).

Tindakan ini dilihat perlu bagi memastikan institusi tersebut kekal relevan dalam persekitaran semasa.

"Ini terutama dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam menabung secara konsisten bagi menunaikan haji, selain matlamat inisiatif itu bertujuan menyusun semula strategi untuk meningkatkan kembali paras simpanan individu pendeposit yang kini amat rendah.

"Bagi tiga tahun terkini, simpanan terkumpul hanya meningkat melalui pelaburan semula agihan keuntungan, bukannya secara organik," katanya.

Beliau memaklumkan bahawa peruntukan yang ditetapkan untuk perkhidmatan syarikat konsortium perunding bagi inisiatif peremajaan jenama tersebut adalah bernilai RM5.9 juta. Jumlah ini dipecahkan kepada kira-kira RM2 juta setahun untuk tempoh kontrak selama tiga tahun, sebagaimana yang telah dijelaskan pada 16 Ogos lalu.

Mengulas mengenai perbelanjaan semasa, Mohd Na'im menyatakan bahawa TH setakat ini telah membelanjakan RM1.9 juta.

Jumlah perbelanjaan ini adalah berdasarkan kemajuan pencapaian semasa dan selaras dengan tempoh masa yang dipersetujui dalam kontrak.

Beliau turut menambah bahawa kerja-kerja lanjutan yang diperlukan bagi inisiatif peremajaan jenama ini masih dalam proses diperhalusi dan belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: