Faisal Halim & Isteri Kembali Berbaik? – “Forgive & Forget, Macam Baru Kahwin Semalam”
Alhamdulillah, semoga hubungan mereka terus kekal bahagia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nampaknya rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana kembali pulih selepas berdepan kemelut baru-baru ini
Menerusi IG story, Syazwani dilihat memberi bayangan hubungan mereka kembali baik apabila memuat naik semula foto mesra yang dikongsikan Faisal. Foto tersebut memperlihatkan Faisal memeluk erat isteri dan anak mereka, diiringi lagu romantis Sayang Sampai Mati.
Apa yang membuatkan netizen lebih yakin adalah kapsyen yang dimuat naik Syazwani, di mana dia meluahkan rasa syukur dan memberi petanda bahawa dia sudah memaafkan suaminya.

"Alhamdulillah! Forgive & forget. May Allah protect our marriage till Jannah. Love you @faisalhalim.7. Rasa macam baru kahwin semalam," tulisnya.
Peguam sahkan pasangan itu sudah berdamai
Menurut laporan Kosmo!, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim, mengesahkan pasangan tersebut sudah berbaik semula.
"Ya kedua-duanya telah berdamai yang mana perbincangan kedua-dua pihak telah dibuat beberapa hari lepas," katanya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Nur Syazwani dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun sebelum insiden itu terjadi. Untuk rekod, mereka berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 