Erra Fazira Umum Bakal Bernikah 12 Disember Ini Dengan Mr E, Pemilik Restoran Kueh

Tak sabar nak tengok Erra kahwin lagi!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @errafazira (Instagram) & mStar
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas hampir setahun mengenali hati budi, primadona seni tanah air, Erra Fazira, akhirnya mengesahkan bahawa beliau bakal menamatkan zaman solo pada 12 Disember ini bersama lelaki pilihannya, Ezwan Zain, pemilik rangkaian restoran popular, Kueh

Menurut laporan Buletin TV3, pengumuman istimewa itu dibuat oleh Erra dalam nada sebak ketika majlis pelancaran dan tayangan perdana muzik video Cinta Abadi 2025 di sebuah hotel petang semalam.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, majlis pernikahan dijadual berlangsung pada Jumaat, 12 Disember, dan beliau berharap seluruh Malaysia dapat mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang pada 12 Disember bersamaan Jumaat, saya menjemput rakan media dan semua untuk terus mendoakan agar majlis pernikahan saya berlangsung dengan penuh keberkatan," katanya.

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Lagu ikonik 32 tahun diberi nafas baru sempena detik istimewa

Pelancaran Cinta Abadi 2025 bukan sekadar projek muzik, tetapi turut menjadi simbol perjalanan baharu bintang legenda itu. Lagu yang melonjakkan namanya ketika usia 19 tahun kini dihidupkan kembali dengan susunan muzik serba baharu.

"Usia lagu ini sudah 32 tahun. Siapa sangka sudah lebih tiga dekad berlalu, tetapi setiap momen ketika merakamkan lagu ini saya masih ingat dengan jelas. Masa itu saya baru 19 tahun, rakaman dibuat di Singapura dan perasaan gugup memang tidak dapat disorok.

"Istimewanya, lagu ini memperkenalkan nama saya sebagai penyanyi. Banyak undangan nyanyian datang hanya kerana lagu ini mencetuskan fenomena ketika itu.

"Apabila pihak MindOrder Sdn Bhd mengusulkan idea merakamkan semula lagu ini, saya tidak berfikir panjang kerana saya tahu betapa ramainya peminat yang merindui nyanyian saya. Versi baharu ini diharap mampu mengubat kerinduan mereka kepada melodi klasik yang pernah menjadi kegemaran,"
katanya.

SAYS.com
Image via @errafazira

Hubungan Erra dan Ezwan mula menjadi bualan sejak Januari lalu selepas Erra memuat naik ucapan romantis kepada beliau

Walaupun sebelum ini menafikan tarikh perkahwinan sudah ditetapkan, akhirnya hari yang dinanti peminat terjawab.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16.

Sebelum itu, Erra turut melalui episod perkahwinan dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun perkahwinan mereka berakhir pada 2006 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via