Ernie Zakri Dinobat Bintang Paling Popular 2025 & Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37

Memang selayaknya menang, tahniah Ernie!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi dan aktres Ernie Zakri, 33, dinobatkan Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 37 (ABPBH 37) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Premiera Hotel, Kuala Lumpur hari ini

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah binti Zakri berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mengangkatnya sampai ke tahap sekarang sehingga menggenggam trofi keramat itu.

Terdahulu, Ernie yang juga merupakan seorang pencipta lagu, meraih trofi Penyanyi Wanita Popular, menewaskan empat finalis Bintang Paling Popular iaitu Sweet Qismina, Emma Maembong, Wani Kayrie dan Tracie Sinidol.

"Ya Allah, saya tak pernah jangka. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Ini jauh dari sudut fikiran saya untuk mendapat anugerah ini. Saya menghargai sokongan semua dan berdoa agar dapat melakukan lebih baik pada masa akan datang," katanya sambil menahan sebak.

Penyanyi itu unggul dengan undian sebanyak 124,448,198

SAYS.com
Image via

Sewaktu namanya diumumkan, seluruh dewan bergema dengan jeritan menandakan kemenangan itu memang direstui ramai.

Menurut laporan Berita Harian, Ernie menerima trofi pewter ABPBH dengan bentuk skor muzik dengan ukiran lengkuk bermotif 'reel' filem seberat satu kilogram (kg) tertera gelaran Anugerah Bintang Paling Popular yang dihasilkan Tumasek Pewter dan wang tunai RM30,000.

Kejayaan merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Ernie sebagai antara vokalis wanita terbaik negara, malah, membuktikan faktor konsistensi, disiplin dan bakat terus menjadi pilihan peminat.

ABPBH 37 bertemakan SATU Keunggulan juga boleh distrim melalui Tonton dan diinspirasikan Daia sebagai penaja utama.

Ini senarai penuh pemenang ABPBH 37:

Artis Baharu Lelaki Popular – Jazmy Juma

Artis Baharu Wanita Popular – Umai Umairah

Penyanyi Lelaki Popular – Hael Husaini

Penyanyi Wanita Popular – Ernie Zakri

Aktor Filem Popular – Fattah Amin

Aktres Filem Popular – Sweet Qismina

Aktor Pembantu Filem Popular – Adam Lee

Aktres Pembantu Filem Popular – Heliza Helmi

Aktor TV Popular – Zahiril Adzim

Aktres TV Popular – Emma Maembong

Aktor Pembantu TV Popular – Nazim Othman

Aktres Pembantu TV Popular – Raja Azura

Penyampai Radio Popular – Haiza

Pengacara TV Popular – Fiza Sabjahan

Artis Komedi Popular – Joey Daud

Artis Kolaborasi / DUO / Berkumpulan – KRU

Anugerah Lagu Sepanjang Hayat – Alleycats

Gandingan Serasi Drama Popular – Syukri Yahya & Anna Jobling

Gandingan Serasi Filem Popular – Emma Maembong & Iedil Putra

Artis Kontroversi Popular – Fattah Amin

Lagu Paling Boom Popular – Amir Masdi (Nur Cinta)

Seller Terpaling Popular – Ammar Ahyan & Dato Aliff Syukri

Tahniah buat semua pemenang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik