Erma Fatima Jawab Isu Musim Kedua ‘Keluarga Itu’ – “Kalau Nak Buat, Kena Lagi Hebat Daripada Musim Pertama”
Untuk rekod, drama 'Keluarga Itu' yang disiarkan di TV3 telah mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Cover image via TontonFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima, tidak bercadang untuk menerbitkan kesinambungan bagi drama popular Keluarga Itu
Menurut Erma, menghasilkan sekuel bagi drama yang sudah mencapai impak besar bukanlah satu perkara mudah.
"Sebagai penulis dan penerbit Keluarga Itu, saya lebih cenderung untuk menghentikan sesebuah karya selepas ia mencapai kemuncak penceritaan.
"Setakat ini saya memang tiada niat nak sambung. Saya memang bukan jenis yang suka paksa diri buat sambungan drama, sebab bila cerita itu dah penuh dengan konflik, susah nak cipta konflik baru yang setanding," katanya.

Erma Fatima
Image via New Straits Times"Sekiranya kesinambungan itu dibuat secara tergesa-gesa, ia berisiko merosakkan kekuatan penceritaan asal" – Erma Fatima
"Bila sambungan dibuat tanpa konflik yang cukup kuat, cerita akan jadi lemah dan kelihatan dibuat-buat. Pada saya, drama pertama sudah cukup dengan pelbagai klimaks, kalau nak sambung, klimaks apa lagi yang nak dibawa? Nanti nampak macam 'fake', dipaksa dan tidak jujur," ujarnya.
Pemenang dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu turut menekankan keputusannya tidak dipengaruhi soal pulangan wang.
"Bagi saya, kalau niat sambung hanya semata-mata untuk kerja dan duit, saya tak akan buat. Kalau musim pertama dah bagus, tapi musim kedua gagal capai standard yang sama, itu hanya membuang masa.
"Kalau nak buat, kena lagi hebat daripada musim pertama. Kalau rasa tak mampu tandingi, lebih baik berhenti setakat itu," katanya.
Sebagai rekod, Keluarga Itu yang bersiaran di slot Lestary TV3 mencetuskan fenomena tersendiri apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.
Antara pelakon utama dalam drama itu termasuklah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



