Empat Pelajar Didakwa Terlibat Kes Rogol Dibenarkan Ambil SPM Tahun Ini – Fadhlina
Difahamkan, empat pelajar tersebut dibenarkan menduduki SPM supaya tidak ketinggalan dalam pendidikan.
Cover image via Utusan MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru terjadi satu kes apabila empat pelajar calon SPM telah ditahan kerana merogol seorang pelajar junior secara bergilir-gilir
Menurut laporan dari New Straits Times, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengatakan mereka layak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun masih berada di bawah siasatan polis.
Tambahan beliau, perbincangan di antara pasukan JPN dan PDRM telah dibuat bagi menumpukan cara menangani kes seperti daripada berlaku lagi.
"Semua tindakan telah diambil oleh bahagian masing-masing khususnya dalam memastikan perlindungan terhadap kanak-kanak ini terjamin." – katanya.
Manakala Fadhlina mengatakan mereka akan memastikan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, ekosistem, dan juga sokongan psikoemosi dipentingkan supaya suasana pembelajaran tidak terganggu.
Tindakan undang-undang diberikan kepada pihak polis
Apabila disoal mengenai status SPM, kesemua empat pelajar tersebut masih dibenarkan mengambil SPM.
"Empat pelajar lelaki tersebut dibenarkan untuk menduduki SPM supaya mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan," ujarnya.
Mangsa ketika ini masih berada di hospital untuk rawatan dan juga menerima kaunseling psikologi.

Meneruskan lagi, Fadhlina mengatakan fokus akan diberikan untuk memastikan emosi dan psikososial pelajar dan guru-guru juga akan dipantau dan dibantu.
Beliau juga mengatakan disebabkan kes ini melibatkan pelajar bawah umur, identiti kesemua pesalah mahupun mangsa akan dilindungi akta kanak-kanak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



