Elon Musk Bakal Catat Rekod Trilionair Pertama Dalam Sejarah Dunia – “Next Level Rich”
Saham Tesla mencatat peningkatan kira-kira satu peratus dalam dagangan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, mencuri perhatian dunia apabila tampil menari bersama robot di atas pentas selepas menerima kelulusan pemegang saham terhadap pakej gaji korporat terbesar dalam sejarah
Ia dianggar bernilai kira-kira AS$1 trilion (RM4.2 trilion), pada Mesyuarat Agung Tahunan Tesla yang berlangsung di Austin, Texas, Khamis lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, bernilai kira-kira AS$1 trilion (RM4.2 trilion), pada Mesyuarat Agung Tahunan Tesla yang berlangsung di Austin, Texas, Khamis lalu.
Keputusan itu, yang disokong lebih 75 peratus daripada pelabur, membuka ruang buat Musk iaitu individu yang kini memegang gelaran terkaya di dunia untuk berpotensi menjadi trilionair pertama dunia sekiranya beliau berjaya mencapai beberapa sasaran pertumbuhan luar biasa yang ditetapkan, menurut laporan India Today.

Elon Musk.
Image via Business standardSempat menari bersama robot beberapa saat selepas keputusan diumumkan
Pakej bersejarah itu menetapkan bahawa pampasan Musk akan bergantung sepenuhnya kepada prestasi Tesla, termasuk keupayaannya meningkatkan nilai pasaran syarikat daripada kira-kira AS$1.5 trilion (RM6.3 trilion) kepada AS$8.5 trilion (RM35.5 trilion).
Saham Tesla mencatat peningkatan kira-kira satu peratus dalam dagangan selepas waktu operasi susulan pengumuman berkenaan, menurut laporan agensi berita Reuters.

Elon Musk menari bersama robot humanoid Tesla bernama Optimus.
Image via @BLKMDL3Beberapa saat selepas keputusan diumumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, tampil ke atas pentas dengan senyuman, sebelum menari bersama robot humanoid Tesla, Optimus, sebagai simbol meraikan kejayaan besar syarikat itu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang setulus hati kepada semua yang menyokong undian pemegang saham. Saya amat menghargainya.
"Apa yang bakal kita mulakan bukan sekadar bab baru dalam masa depan Tesla, tetapi satu buku baharu sepenuhnya.
"Mesyuarat pemegang saham lain membosankan, tapi mesyuarat kita hebat. Tengok ini. Memang luar biasa," katanya.
Berdasarkan terma perjanjian yang diluluskan, Musk berpeluang memperoleh tambahan 12 peratus pegangan dalam Tesla sekiranya berjaya mencapai beberapa sasaran strategik utama dalam tempoh sedekad akan datang, antaranya:
- Menghasilkan 20 juta kenderaan setahun;
- Mengeluarkan sejuta robotaksi yang beroperasi di jalan raya;
- Menjual sejuta unit robot humanoid Optimus; serta
- Menjana keuntungan tahunan mencecah AS$400 bilion (RM1.67 trilion).
Walau bagaimanapun, keputusan itu turut menerima tentangan daripada beberapa pelabur institusi utama, termasuk dana kekayaan berdaulat Norway, yang menyifatkan pakej berkenaan sebagai pampasan eksekutif yang terlalu tinggi dan menimbulkan persoalan mengenai keseimbangan ganjaran korporat dalam tadbir urus syarikat moden.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 