Elly Mazlein Kini Berhijab Sepenuhnya, Tersentuh Hati Lihat Perjuangan Aktivis Sumud Flotilla
Alhamdulillah, nampak muda Kak Lina Pom Pom lepas berhijab. Cantik!
Cover image via @iamellymazlein (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Elly Mazlein mengejutkan ramai apabila tampil dengan penampilan baharu yang lebih sopan dan manis
Menurut laporan Sinar Harian, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berkata, keputusan untuk menutup aurat itu lahir daripada keikhlasan hatinya sendiri tanpa sebarang paksaan.
Difahamkan, titik perubahan itu datang selepas dia mengikuti dengan dekat perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

"Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya dan sudah tentu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi, doakan yang baik-baik untuk saya.
"Sebenarnya tiada istilah cuba-cuba. Apa yang boleh saya katakan, kadang-kadang jihad seseorang itu yang buat kita rasa macam rasa insaf. Rasa sangat kagum dan sangat hebat.
"Terutama sekali apabila melihat rakan-rakan kita yang terlibat bersama dengan misi Sumud Flotilla," katanya.
Semangat sukarelawan GSF benar-benar menyentuh jiwa
"Perjuangan mereka sangatlah hebat dan seharusnya menjadi inspirasi buat kita semua. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan satu dunia yang sentiasa bersama mereka.
"Jadi saya mengharapkan kita semua sama-sama kuat dan sabar menanti apa yang seterusnya tentang perjuang Sumud Flotilla. Kita sama-sama doakan yang baik-baik supaya mereka selamat sampai ke tanah air sebab kita semua tunggu mereka," kongsinya lagi.
Kemunculan Elly berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada malam Sabtu nyata menjadi perhatian ramai.
Rata-rata netizen memuji kecantikan dan ketenangan wajah Elly dengan penampilan baharunya, selain turut mendoakan agar dirinya kekal istiqamah dalam penghijrahan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



