Elektrik Tiba-Tiba Blackout, Pengantin Kongsi Momen Akad Nikah Bertukar Jadi ‘Candle Light Dinner’

Mesti jadi momen yang tak boleh dilupakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @myzahs (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis akad nikah kebiasaannya berlangsung penuh tertib dan diselubungi suasana syahdu

Namun, bagi sepasang pengantin ini, detik bersejarah mereka bertukar luar biasa apabila berlaku gangguan elektrik secara tiba-tiba.

Ia sekali gus menjadikan momen akad nikah seolah-olah diraikan dalam suasana 'candle light dinner'.

SAYS.com
Image via @myzahs (TikTok)

Tetamu bantu beri cahaya menggunakan lampu telefon bimbit dan lilin

Menerusi video di akaun TikTok Myzahs, majlis pernikahan itu diadakan di surau di Kuala Krai, Kelantan.

Namun, pengantin berdepan pengalaman yang tidak dijangka apabila bekalan elektrik di kampung mereka terputus tepat pada hari pernikahan.

Meskipun bekalan elektrik terputus, majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan kedua-dua pasangan pengantin sah sebagai suami isteri.

Bukan itu sahaja, lampu telefon bimbit juga digunakan sewaktu majlis makan kenduri bersama tetamu yang hadir.

Menariknya, apabila tiba waktu kenduri, lilin dinyalakan untuk menerangi ruang, menjadikan suasana makan bersama tetamu umpama majlis 'candle light dinner' yang romantis.

Lihat video di bawah:

@myzahs

First time jadi gini🤣 siss terkezutt yaa! Ada la benda boleh cerita kat anak dia nanti🤭

♬ original sound – Kaeya.m – Kaeya.m

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik