Elak Disaman, Penceramah Motivasi Popular Kantoi Guna Nombor Kereta Palsu

Penceramah terbabit mengaku mengubah suai nombor plat belakang untuk mengelak dikesan AWAS.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penceramah motivasi popular dengan pengikut yang ramai di media sosial ditahan selepas dikesan menggunakan nombor pendaftaran diubah suai bagi mengelak dikesan sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, lelaki berusia 50 tahun itu menggunakan nombor pendaftaran tulen pada bahagian hadapan kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya, namun memasang nombor plat hampir sama di bahagian belakang dengan menggugurkan satu huruf bagi mengelirukan sistem AWAS.

Bagaimanapun, tindakan seorang penceramah motivasi popular yang mengubah suai nombor pendaftaran kenderaan akhirnya terbongkar apabila dikesan mengelirukan sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), sehingga menyebabkan saman berjumlah lebih RM12,600 dikeluarkan kepada pemilik nombor pendaftaran hampir sama sejak September 2023.

SAYS.com
Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Mengaku ubah suai nombor plat belakang untuk elak dikesan AWAS

Sementara itu, beliau memberitahu lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam, Sabtu lalu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Behrang arah Selatan.

"Pemeriksaan mendapati kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner milik penceramah itu menggunakan nombor pendaftaran 'PRF' yang dipamerkan di bahagian hadapan, manakala nombor pendaftaran 'RF' di belakang.

"Siasatan lanjut mendapati nombor pendaftaran RF memang wujud dan dimiliki individu lain menetap di Perlis.

"Aduan dibuat pemilik asal yang sering menerima notis saman AWAS atas kesalahan yang bukan dilakukannya dan apabila JPJ melaksanakan senarai hitam, beliau terjejas untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) lalu membuat aduan mengenainya," katanya.

SAYS.com
Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Muhammad Kifli memaklumkan, penceramah terbabit mengaku mengubah suai nombor plat belakang untuk mengelak dikesan AWAS dan semua saman kini telah dipindahkan semula kepada kenderaan sebenar.

Beliau turut menambah, lelaki itu kerap memandu melebihi had kelajuan antara 140 hingga 160 kilometer sejam, selain sering melakukan perjalanan ke negeri utara tanah air bagi menghadiri program motivasi bersama bakal usahawan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu, manakala kenderaan itu turut disita mengikut Seksyen 64(1) akta sama.

"JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik atau pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan undang-undang, termasuk pemalsuan nombor pendaftaran," tegasnya.

SAYS.com
Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: