Edward Si Robot Jadi ‘Hero’ Jaga Komuniti Setempat, Bantu Halau Babi Liar
Betul-betul kejar sampai semua lari ke hutan.
Cover image via @edwardwarchocki / XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Betul-betul distopia, satu video viral menunjukkan robot juga mampu untuk 'menjaga komuniti'
Video tersebut menunjukkan robot Unitree G1 sedang berlari pantas menghalau tiga ekor babi liar, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
Kejadian ini berlaku di ibu kota Poland, di mana robot dengan gelaran 'Edward Warchocki' muncul untuk menjadi hero menghalau haiwan sesat itu jauh dari orang ramai.

Robot itu tidak dicipta untuk berlari dengan laju tetapi ia mengejar babi liar itu sambil menggalas beg.
Perkongsian ini telah dimuat naik oleh Edward Warchocki sendiri di X.
"Saya sedang menghalau babi hutan ke dalam hutan," kata Edward Warchocki Robot.

Warsaw ibu negara Poland menghadapi banyak masalah gangguan babi liar
Tindakan Edward Si Robot cuba untuk menghalau haiwan liar mendapat pujian orang ramai di media sosial.
"Semua orang sangka robot adalah hamba tanpa minda atau mereka akan menjadi acara Terminator atau Matrix. Tetapi tiada siapa mempertimbangkan mereka ini hanya kawan yang menyeronokkan," ujar satu komen di X.
"Jika selepas ini ia mengejar manusia mungkin banyak masalah akan berlaku," satu lagi komen di X.

"Ciptaan yang bernas. Saya sanggup sewa robot untuk halau babi hutan," kata seorang warganet.
"Walaupun babi itu melawan balik, ia tidak akan mati"
Unitree Robotics telah memperkenalkan robot R1 pada tahun lepas yang boleh berpusing dan bergerak seperti roda dengan harga RM24,000. Ia juga seberat 25 kg dan mempunyai 26 sendi untuk pergerakan lebih fleksibel.
Edward Warchocki juga mempunyai laman X-nya sendiri @edwardwarchocki.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



