Ebit Lew Hadiahkan Sambal Buat Sajat, Pertemuan Dua Usahawan Terkenal Di Expo Singapore Curi Tumpuan

Perjumpaan yang boleh dikatakan 'random' ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ebitlew (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pertemuan antara usahawan sensasi, Nur Sajat, dan pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew, di Singapura Expo baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai

Momen yang tular di media sosial itu memperlihatkan suasana tenang dan mesra, di mana Ebit Lew sempat menghadiahkan produk jualannya kepada Sajat ketika mereka bersua di ruang ekspo tersebut.

Walaupun kedua-duanya datang dari latar dan persona yang berbeza, pertemuan itu disambut positif oleh warganet yang melihatnya sebagai simbol toleransi dan hormat dalam masyarakat.

SAYS.com
Image via @ebitlew (Instagram)

Ebit Lew sempat hadiahkan barangan buat Sajat

Menerusi laman Instagram @ebitlew, Sajat dilihat singgah ke booth milik Ebit Lew, lalu mereka saling bertukar sapaan dengan penuh tenang dan hormat.

Ebit Lew turut mengambil peluang untuk menghadiahkan beberapa produk jualannya kepada Sajat, termasuk sebuah buku serta sambal dalam bekas travel-friendly yang mudah dibawa pulang ke Australia.

Menariknya, pendakwah itu juga sempat menjemput orang ramai di Singapura untuk singgah ke booth miliknya dan booth Sajat, yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

Interaksi antara Ebit Lew dan Sajat nyata mencuri perhatian ramai bukan kerana kejanggalan, tetapi kerana cara layanan yang ditunjukkan oleh pendakwah itu.

Ramai warganet memuji pendekatan matang dan berhemah Ebit Lew, yang langsung tidak bersikap double standard atau melontarkan kata-kata sinis.

Lihat video di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik