Durian Sedap Tapi Bahaya Kalau Berlebihan, PHM Cadang Hadkan 3 Ulas Sahaja

Nak makan pun berpada-pada ya!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim durian merupakan antara musim yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia

Walaupun rasanya lemak manis dan kaya dengan nutrien tertentu seperti serat dan antioksidan, durian juga tinggi kandungan gula semula jadi dan kalori, menjadikannya buah yang 'berat' untuk mereka yang mengawal pemakanan atau menghidap penyakit tertentu seperti diabetes.

Public Health Malaysia baru-baru ini menegur agar orang ramai menikmatinya secara berpada-pada.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via FoodieImage via

2–3 ulas sehari sudah mencukupi untuk orang dewasa yang sihat

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan bahawa meskipun durian digolongkan sebagai buah, kandungan kalorinya sebenarnya tinggi, dan oleh itu, pengambilannya perlu dikawal dan tidak berlebihan.

"Sebagai contoh, seulas durian Musang King mengandungi 59 kilokalori (kcal) bersamaan kira-kira dua sudu teh gula.

"Durian kampung mencatat 29 kcal iaitu kira-kira satu sudu teh gula," jelas perkongsian itu.

Menurut PHM lagi, bagi individu dewasa yang sihat, 2 hingga 3 ulas sehari sudah memadai. Sebaiknya, pilih varieti yang kurang manis seperti D24 atau durian kampung, dan elakkan mengambilnya bersama makanan berat, minuman bergula atau kuih-muih kerana ia boleh meningkatkan jumlah kalori secara mendadak.

Bagi individu yang mempunyai diabetes pula, tekanan darah tinggi atau masalah buah pinggang, 1 ulas sahaja sudah mencukupi, bergantung kepada tahap kawalan kesihatan masing-masing. Jika ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu.

"Durian bukan musuh. Tapi bila makan berlebihan, ia bukan lagi nikmat, ia beban. Nikmatilah ikut rasa, bukan ikut nafsu. Sedikit, tapi puas," katanya.

SAYS.com
Image via Public Health Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik