Dulu Digelar ‘Sampah Masyarakat’, Bekas Mat Rempit Kini Raih 5 Angka Jadi Pencipta Kandungan
Dari 'mat rempit' kini jadi influencer berjaya.
Cover image via @khairulcq / InstagramFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah terjebak dengan kegiatan rempit ketika remaja, kini jadi pencipta kandungan TikTok dikenali ramai
Berasal dari Padang Rengas, Perak, Muhammad Khairul Khairuddin (26) atau dikenali sebagai Khairul ACQ kini dikenali ramai di TikTok setelah mula menghasilkan kandungan dunia permotoran di TikTok.
Dia sebenarnya telah pun meninggalkan dunia merempit pada tahun 2017 sejak terdetik untuk berubah.
Dilaporkan oleh Harian Metro, Khairul kini bersyukur dapat 'cuci tangan' daripada kegiatan merempit dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
"Tapi sekarang, saya bersyukur kerana mampu berubah dan dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan," kata Khairul.

Dulu orang perlekeh digelar sampah masyarakat
"Dulu ramai orang perlekeh dan hina dengan menggelar saya mat rempit serta sampah masyarakat," katanya lagi.
Khairul mula aktif dalam penciptaan kandungan sejak tiga tahun lalu dan bersyukur mendapat kepercayaan daripada banyak syarikat dan agensi untuk bekerjasama dalam program yang melibatkan permotoran.

Dia juga mengatakan sejak aktif mencipta kandungan tiga tahun lalu, dunia media sosial banyak mengubah hidupnya daripada menjadi seorang penganggur dan 'mat rempit' ke arah yang lebih baik.
Tambahan lagi, Khai juga mengatakan pendapatan bulanannya kini mencecah lima angka sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh.
Pernah mengecewakan emak dan ayah, tetapi kini disokong mereka
Khai pernah mahu sambung belajar tetapi dia berhenti ketika di semester empat.
"Saya pernah sambung belajar dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Ungku Omar dekat Ipoh, Perak tetapi berhenti ketika di semester empat.
"Emak dengan ayah kecewa lebih-lebih kerana lihat saya tak buat selepas berhenti belajar… waktu itu pun, saya jadi sangat nakal dan suka merempit tanpa hala tuju," katanya lagi.

Khairul bersama keluarga.
Image via @khairulacq / InstagramSejak itu, Khai terdetik untuk berubah selepas terjumpa peluang untuk menjana pendapatan dalam dunia permotoran jika mengetahui cara yang betul.
Dengan kemahiran yang ada, Khai memanfaatkan kemahirannya untuk mengubah suai motosikal dan mempromosikannya di media sosial.
Sejak itu dia terdorong untuk mencari pendapatan lebih walaupun belum mempunyai bengkel sendiri.
"Pada masa sama, saya terus muat naik video berkaitan permotoran di TikTok dan pernah dapat tawaran berbayar untuk mempromosikan acara dan baju kurta satu jenama tempatan.
"Syukur sangat dan jika dulu emak dengan ayah tak yakin tapi sekarang mereka bagi sokongan setiap kali saya nak turut serta dalam program permotoran," ujar Khairul.
Dia kini bersyukur apabila ibu bapanya sentiasa mendoakan kejayaan, termasuk sokongan penuh isteri dan penguat motivasi iaitu anaknya yang baru berusia dua tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



