Duda Dicekup Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Kenal Lepas Joging Sama-Sama Di Tasik
Difahamkan, pasangan itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang duda menghantar makanan kepada wanita berstatus isteri orang di Johor bertukar tragedi apabila mereka dicekup berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal pagi semalam
Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 40-an itu dikatakan berada di dalam rumah wanita tersebut ketika suaminya tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan.
Lebih mencurigakan, dia turut meninggalkan motosikalnya jauh dari lokasi kejadian bagi mengelak dihidu pihak berkuasa dan penduduk setempat.
Pihak JAINJ menerima maklumat berhubung kehadiran lelaki itu sebelum melakukan serbuan sekitar jam 12.30 tengah malam.

"Siasatan mendapati, lelaki itu sudah bercerai beberapa tahun lalu dan tinggal berhampiran rumah pasangannya. Mereka berdua mula mengenalinya ketika berjoging di sebuah tasik sejak tahun lalu.
"Selepas itu, mereka banyak berhubungan melalui WhatsApp serta menjadi kekasih gelap tanpa pengetahuan suami wanita ini," katanya.
Apa yang lebih mengejutkan, anak perempuan wanita itu yang masih kecil turut berada di rumah dan sedang tidur di bilik ketika serbuan dilakukan
Cubaan lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu belakang gagal apabila anggota penguat kuasa sudah pun menunggu di situ.
"Pasangan itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 