Dua Pemuda Malaysia Terpilih Ke Imperial College London Di Bawah Biasiswa Orang Muda Johor!

Terbaik anak muda!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua anak muda Johor membuktikan tiada impian yang terlalu besar apabila berjaya melangkah ke salah satu universiti paling berprestij di dunia Imperial College London

Menurut laporan Sinar Bestari, mereka ialah Laxmann Muralitharan dan Lee Chong Min, penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) Kohort Pertama 2023, satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Laxmann memilih bidang Bioteknologi, didorong minat mendalam terhadap sains dan penyelidikan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Rakannya, Chong Min pula bakal meneroka bidang Kejuruteraan Kimia, satu cabang yang menuntut ketelitian dan daya analisis tinggi. Kedua-duanya membawa semangat dan cita-cita besar untuk mengharumkan nama Johor di pentas global.

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi YPJ, keberangkatan dua pelajar cemerlang itu disambut penuh bangga dan harapan besar

"Perjalanan ini bukan hanya membawa mereka ke bumi asing, tetapi turut memikul doa dan harapan negeri Johor agar ilmu yang ditimba menjadi cahaya yang kembali menyinari tanah air.

"Semoga keberangkatan mereka menjadi inspirasi buat generasi Johor yang lain bahawa dengan tekad dan usaha, dunia terbentang luas menanti untuk diterokai,"
katanya.

Turut hadir mengiringi pemergian mereka ialah Pengurus Besar YPJ ketika itu, Suhairi Hashim, bersama ahli keluarga serta wakil YPJ.

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Untuk info, Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) ialah inisiatif strategik Kerajaan Negeri Johor melalui YPJ bagi menaja pelajar cemerlang SPM ke universiti terbaik dunia

Program itu bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga peluang untuk anak muda Johor menimba ilmu di peringkat tertinggi, membina jaringan antarabangsa dan kembali menyumbang kepakaran kepada negeri tercinta selepas tamat pengajian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: