Dua Pemuda Kelantan Cipta Bahan Api Kapal Terbang Guna Sisa Minyak Masak, Siap Dapat Tempahan AS

Inovasi yang bernas!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Shahuri Saidi | BERNAMA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebelum ini masak terpakai selalunya berakhir dalam tong sampah, dua anak muda dari Kelantan ini pula melihatnya sebagai 'emas cair' yang mampu mengubah landskap tenaga dunia

Menurut laporan BERNAMA, Muhammad Arif Arman Suddin, 30, dan Mohammad Azhan Shamsu Anuar, 28 yang juga merupakan pengasas bersama Arjuna Dharma Global kini mencuri tumpuan selepas berjaya menghasilkan bahan api penerbangan daripada sisa minyak masak.

Lebih membanggakan, inovasi mereka sudah mula menerima tempahan tetap dari syarikat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat!

Bermula dengan try & error selama 8 bulan

SAYS.com
Image via Shahuri Saidi | BERNAMA
SAYS.com
Image via Shahuri Saidi | BERNAMA

Difahamkan, Arif yang merupakan bekas jurutera kapal terbang berkata pengalaman dalam industri penerbangan telah membuka matanya terhadap keperluan global mencari sumber tenaga lebih mampan.

Dengan latar belakang kejuruteraan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arif dan Azhan mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk menjalankan kajian, eksperimen, dan pelbagai siri kesilapan sebelum berjaya mendapatkan formula yang stabil untuk menghasilkan minyak bahan api berkualiti tinggi daripada minyak masak terpakai.

Setiap hari, hampir 5,000 liter minyak masak terpakai dikumpulkan dari negeri-negeri di Pantai Timur serta Perak. Minyak yang layak diproses mesti datang daripada sumber sayur-sayuran sahaja, mengikut kriteria ketat ISCC CORSIA, standard antarabangsa bagi bahan api penerbangan mampan.

Harga pembelian minyak terpakai juga bukan sembarangan, ia berharga antara RM2.30 hingga RM3 sekilogram, bergantung pada lokasi

SAYS.com
Image via Shahuri Saidi | BERNAMA

"Kira-kira 33,000 liter setiap kali dihantar ke Fima Bulking Group di Pelabuhan Klang, Selangor. Kemudian dibekalkan kepada syarikat pembekal bahan api penerbangan antarabangsa.

"Setakat ini, minyak yang kami hasilkan telah mendapat tempahan tetap daripada beberapa syarikat pembekal bahan api kapal terbang di Amsterdam, Switzerland dan Amerika Syarikat.

"Minyak ini hanya boleh dibekalkan kepada syarikat yang memiliki pensijilan ISCC CORSIA dan penggunaannya terbukti mampu mengurangkan pelepasan karbon di udara hingga empat kali ganda berbanding minyak kerosin,"
jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: