Dua Beradik Ditemui Tepi Jalan Seremban 2, Rupanya Ini Cerita Sebenar Yang Berlaku
Alhamdulillah mereka berdua selamat.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan dua kanak-kanak yang dipercayai adik-beradik ditemui duduk di tepi jalan berdekatan Garden Avenue, Seremban 2
Menurut laporan Berita Harian, dalam video berdurasi 12 saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak memeluk erat seorang lagi kanak-kanak yang lebih tua, dipercayai berusia sekitar enam tahun. Di tepi mereka juga terdapat sebotol susu.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, kanak-kanak itu didakwa ditinggalkan oleh ibu bapa. Beberapa orang awam dan pihak polis turut kelihatan berada di lokasi tersebut.

Namun selepas video terbabit tular di media sosial, ada netizen tampil di ruangan komen menjelaskan situasi sebenar
Difahamkan, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu telah pun mengambil semula anak-anak mereka di Balai Polis Seremban 2.
Menurut penjelasan yang dikongsikan, kejadian itu berlaku apabila si kakak membawa adiknya keluar rumah sendiri ketika bapa mereka sedang tidur, bukan seperti yang disangka ramai pada awalnya.
Turut dimuat naik, satu foto menunjukkan dua beradik itu bersama bapanya ketika berada di balai polis. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din turut mengesahkan bahawa keluarga telah mengambil semula kanak-kanak terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



