Drama Korea ‘S Line’ Terbaharu Kini Boleh Strim Di Tonton – “Penuh Debaran!”
Daftar akaun Tonton hari ini untuk menonton episod penuh secara eksklusif.
Cover image via S Line - TontonFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik buat peminat K-Drama! Satu lagi siri drama Korea yang kini sedang trending dan menjadi bualan ramai iaitu S-Line kini telah tiba
Siri 6 episod itu dibintangi oleh para pelakon popular Korea Selatan seperti Lee Soo-Hyuk, Lee Da-hee dan Arin kini boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi Tonton dan tonton.com.my.
Drama bersiri yang asalnya ditayangkan di Wavve Original itu bakal disiarkan sebanyak satu episod setiap Rabu dan Jumaat, jam 10 pagi.

Fenomena S Line dan rahsia peribadi yang terbongkar
Bayangkan dunia di mana setiap hubungan sulit tidak kira rahsia, skandal atau kisah lampau boleh dilihat secara terbuka menerusi satu garis merah di udara.
Dalam siri ini, manusia tiba-tiba dapat melihat garisan merah misteri yang terapung di udara dikenali sebagai 'S Line'. Apa yang selama ini disembunyikan kini terdedah kepada khalayak, mewujudkan kekacauan sosial, ketegangan peribadi dan persoalan etika yang kompleks.
Namun yang lebih membimbangkan, teknologi berbentuk cermin mata khas mula dijual di pasaran gelap, membolehkan orang awam melihat garis merah tersebut dan kuasa ini bukan lagi eksklusif kepada segelintir sahaja.
Siri pendek berkualiti tinggi ini hanya 6 episod dan berdurasi 50 minit setiap satu
S Line mengekalkan naratif yang padat dan mengujakan, bebas daripada pengisian berlebihan, menjadikan setiap episod penuh dengan ketegangan dan twist yang mengejutkan.
S Line bukan sekadar drama biasa, ia menggabungkan elemen thriller, fantasi dan realiti sosial dalam satu bentuk yang mengusik minda. Bagi peminat siri seperti Signal, Somebody atau Strangers from Hell, S Line bakal menjadi satu lagi karya 'must-watch'.
Daftar akaun Tonton hari ini untuk menonton episod penuh secara eksklusif dan ketahui sendiri apa yang akan terjadi bila rahsia terdahulu tidak lagi boleh disembunyikan.
Untuk langganan Tonton, anda boleh klik sahaja di sini & strim 'S Line' sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



