Donald Trump Sah Akan Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Di KL Oktober Ini

Difahamkan, PMX dapat berbual sendiri dengan Presiden AS itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Al Jazeera & Harapan Madani
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan terbang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung Oktober ini

SAYS.com
Image via Al Jazeera

Menurut laporan BERNAMA, perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen menjadikan kunjungan ini antara sorotan terbesar acara berprestij tersebut.

Pengesahan itu dibuat susulan jemputan rasmi yang disampaikan kepada Trump menerusi Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika kunjungan beliau kePejabat Perdana Menteri 10 Julai lalu.

SAYS.com
Image via The Malaysian Reserve

Difahamkan, perbualan antara PMX dan Trump turut menyentuh isu perdagangan, termasuk tarif dan rundingan yang sedang berlangsung antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama United States Trade Representative dan Setiausaha Perdagangan AS

"Saya ingin memaklumkan bahawa pada 6.50 pagi, saya berpeluang bercakap melalui telefon dengan Presiden Trump. Beliau menyatakan penghargaan kerana Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dan sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja," kata beliau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijangka menjadi tumpuan dunia apabila pemimpin serantau dan antarabangsa berkumpul di ibu negara untuk membincangkan isu keselamatan, ekonomi, dan kerjasama rantau Asia Tenggara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: