Donald Trump Puji Tanda Tangan Anwar Ibrahim Nampak ‘Artistik’ & Unik

Ia sekaligus menyuntik sentuhan mesra dalam sejarah hubungan diplomatik Malaysia-Amerika Syarikat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana Mesyuarat ASEAN-47 kali ini bukan sahaja dipenuhi perbincangan serius mengenai kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau

Tetapi, ia turut menyaksikan detik bersejarah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS Donald Trump menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balik AS-Malaysia di ibu negara semalam.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai bukan sekadar isi kandungan perjanjian itu, tetapi juga perbualan santai antara kedua-dua pemimpin yang menyuntik suasana mesra di majlis rasmi berkenaan.

Perdana Menteri dan Presiden AS itu kelihatan berinteraksi dengan penuh keakraban, saling bertukar senyuman serta beberapa kali tertawa kecil.

SAYS.com
Image via KosmoImage via

Puji tandatangan Anwar unik

Sebelum menurunkan tandatangan pada dokumen perjanjian bersejarah itu, Anwar sempat berseloroh secara bersahaja, "Saya rasa saya akan dapat pen ini," yang mengundang senyuman serta gelak kecil daripada para hadirin.

Ketika Trump menandatangani dokumen berkenaan, beliau sempat mengerling ke arah tandatangan Anwar sambil berseloroh:

"Tandatangan yang unik."

Sambil tersenyum, Anwar membalas dengan nada bergurau:

"Tidak seunik tandatangan anda."

Trump ketawa kecil sebelum menyambung:

"Betul, tandatangan beliau begitu unik. Tunggu sebentar, nanti saya tunjukkan."

Ketika Trump mengambil masa menyiapkan tandatangannya yang agak panjang, Anwar sempat mengangkat pena di tangannya sambil berkata:

"Ini pen Rumah Putih,"

Kata-kata yang mencuit hati dan sekali lagi mengundang ketawa serta tepukan ringan daripada hadirin.

Usai menurunkan tandatangan, Trump menyerahkan pen miliknya kepada Anwar sambil menunjukkan hasil tulisan Perdana Menteri itu kepada khalayak.

"Sangat berbeza… amat unik… begitu artistik,
" katanya, disambut tepukan spontan daripada tetamu yang hadir.

Sebagai tanda persahabatan, Trump kemudian menyerahkan pen berkenaan kepada Anwar, yang dilihat menyimpannya dengan penuh hati-hati ke dalam poket kot beliau.

Momen ringkas namun bermakna itu menggambarkan keakraban dua pemimpin di tengah-tengah acara rasmi, sekaligus menyuntik sentuhan mesra dalam sejarah hubungan diplomatik Malaysia-Amerika Syarikat.

SAYS.com
Image via Izzuddin Abd Radzak/Prime Minister's Office

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

/faImage via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: