Donald Trump Akui Tak Yakin Dapat Masuk ‘Syurga’, Walaupun Dah Cuba Selesaikan Krisis Gaza

Difahamkan, Trump kini berada di Sharm El-Sheikh, Mesir, menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Sharm El-Sheikh, bersama lebih 20 pemimpin dunia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NBC News & ABC7
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini membuat pengakuan mengejut, di mana dia tidak yakin akan masuk syurga, walaupun sedang mengetuai usaha damai di Gaza

Menurut video laporan @501awani, seorang wartawan bertanya kepada Trump tentang kenyataannya sebelum ini yang dia pernah berkata jika berjaya mendamaikan Rusia dan Ukraine, mungkin dia akan 'layak masuk syurga'. Namun kali ni, jawapan Trump agak berbeza.

"Saya tidak fikir ada sesuatu yang boleh membawa saya ke syurga. Mungkin saya bukan orang yang akan ke syurga. Mungkin saya sudah berada di syurga sekarang ini, ketika kita terbang dengan Air Force One," katanya.

SAYS.com

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump

Image via CNN

Trump kini berada di Sharm El-Sheikh, Mesir, menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Sharm El-Sheikh, bersama lebih 20 pemimpin dunia termasuk Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi

Tujuannya adalah untuk mencari jalan keluar kepada konflik berpanjangan di Gaza. Perjanjian gencatan senjata fasa pertama sudah pun dimeterai minggu lepas termasuk pembebasan tebusan dan tahanan Palestin.

Sidang kemuncak itu juga dilihat sebagai langkah penting untuk merangka pelan damai bersepadu selepas dua tahun keganasan di Gaza.

Lihat video di bawah:

@501awani

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata pada Ahad (12 Oktober) ketika berada di dalam pesawat Air Force One dalam perjalanan ke Israel berkata beliau tidak fikir dirinya akan "masuk syurga" walaupun telah merangka pelan damai untuk Gaza. Kenyataan itu menyusul ketika menjawab soalan daripada seorang wartawan yang merujuk kepada kenyataan Trump sebelum ini bahawa usaha mendamaikan Rusia dan Ukraine mungkin membolehkannya masuk ke syurga. AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: