Doktor Terpaksa ‘Part -Time’ E-hailing Untuk Tampung Kehidupan

Difahamkan, ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk meneruskan operasi klinik.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Doktor sering dipandang sebagai pekerjaan bergaji lumayan, tetapi realiti sebenar ramai terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung kehidupan

Sebilangan doktor muda yang menjadi pengamal perubatan am atau GP yang telah membuka klinik sendiri terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan.

Ada juga di kalangan mereka yang terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk meneruskan operasi klinik masing-masing.

Menurut laporan dari Berita Harian, Dr Luqman, 33, klinik yang telah dibuka olehnya sejak tahun 2022 ada kalanya mencatatkan pendapatan bersih negatif kerana kos yang perlu dibayar setiap hujung bulan.

Masalah berpunca dari kolompongan dasar dari Kementerian Kesihatan (KKM)

Menurut Dr Luqman, masalah ini berpunca dari kelompongan dasar Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memperkasakan perkhidmatan klinik swasta.

Menurutnya, GP kini berdepan dengan kenaikan harga ubat setiap tahun, penetapan gaji minimum baharu yang sekaligus menambah ke beban kewangan mereka.

"Saya membuat keputusan keluar dari sektor kesihatan awam pada 2022 kerana berasa kerjaya dengan KKM yang tidak terjamin serta beban kerja melampau sebelum membuat keputusan membuka klinik sendiri di Sepang.

"Apa yang saya boleh takrifkan setakat ini, klinik saya berada dalam fasa bergelut kerana masih mencari cara terbaik untuk terus bertahan berikutan kos yang meningkat setiap tahun, pada masa sama hasil berkurang.

"Adakalanya sampai negatif pendapatan itu sedangkan saya memerlukan dari RM35,000 hingga RM40,000 sebulan. Ia bermaksud kami memerlukan 10 hingga 15 pesakit sehari,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Beliau sendiri juga terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk menampung kos operasi klinik selain peningkatan ubat dan gaji minimum.

Selain itu, beliau sendiri tidak terlepas dari melakukan kerja sebagai pemandu e-hailing dan menjalankan tugas sebagai doktor locum di klinik lain untuk menambah pendapatan bagi menampung kos operasinya.

Dr Luqman juga mengaku dia tidak akan menolak kemungkinan untuk menukar kerjaya jika keadaan tidak berubah.

Menurut beliau, GP bukan untuk mencari untung semata-mata kerana mereka bukan doktor kelas kedua tetapi sebagai tulang belakang yang bersedia untuk membantu memperkasakan sistem perkhidmatan kesihatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: