Doktor Kongsi Gambar Cacing Gelang Yang Dimuntahkan Budak – “Naik Sampai Ke Tekak”
Ibu bapa sila ambil perhatian ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di laman Threads mengenai kes kanak-kanak yang memuntahkan cacing panjang telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa
Menerusi Threads yang dimuat naik oleh @abdullahkadir, situasi tersebut kebiasaannya melibatkan cacing gelang (Ascaris lumbricoides), sejenis parasit yang hidup di dalam usus manusia.
"Kau bayangkan cacing ni merayap dari usus smpai pharynx (tekak). Real case budak 6 tahun. Complain batuk2 sakit tekak dan nak muntah. Tgk throat nampak ada benda gerak2. Aku jolok2 sket bagi gag reflex. Sekali muntah depan2 aku dan kluar benda ni. Maknanya benda ni dah merayap smpai esophagus dan throat," katanya.

Difahamkan, dalam keadaan tertentu seperti ketika anak mengalami demam, muntah, sakit perut atau jangkitan lain, cacing ini boleh menjadi lebih aktif dan 'mengembara' naik ke perut, esofagus sehingga keluar melalui mulut.
Walaupun kedengaran menakutkan, jangkitan cacing sebenarnya masih berlaku secara meluas, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang kerap terdedah kepada tanah atau persekitaran kurang bersih.
Telur cacing boleh memasuki badan melalui tangan, makanan, air minuman atau permukaan yang tercemar tanpa disedari.
Menurut Public Health Malaysia, ini adalah langkah-langkah yang boleh dibuat oleh ibu bapa untuk mengelakkan risiko cacing di dalam badan anak

Gambar sekadar hiasan.
Image via Halodoc1. Jaga kebersihan yang nampak 'kecil' tapi paling besar kesannya
"Basuh tangan sebelum makan dan selepas tandas, potong kuku anak pendek, basuh buah sayur betul-betul, pastikan air minum selamat dan pakai selipar bila main tanah,".
2. Saranan ambil ubat cacing
"Ubat cacing bukan untuk 'budak yang kotor' sahaja. Ia langkah pencegahan, sebab telur cacing boleh ada di tanah, tangan, mainan, dan permukaan yang kita tak perasan.
"Untuk kebanyakan kanak-kanak, amalan yang biasa disyorkan ialah ubat cacing diberi secara berkala mengikut saranan petugas kesihatan. Cara paling selamat, anda ambil ikut nasihat klinik kerana dos bergantung kepada umur dan berat, dan jenis ubat pun berbeza.
"Penting: kalau seorang anak dijangkiti, biasanya ahli rumah lain juga berisiko. Berbincang dengan klinik sama ada perlu rawatan untuk adik-beradik atau seisi rumah, dan bila perlu ulang dos,".
3. Bila perlu jumpa doktor segera
"Anak susah bernafas, tercekik, air liur meleleh, tak boleh telan. Muntah berulang, sakit perut kuat, perut kembung kera. Demam tinggi, lemah, tanda dehidrasi. Nampak cacing keluar dan anak nampak makin tidak stabil," kongsinya.

Lihat Threads di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 