Doktor Didakwa Pulas Telinga Pesakit Hamil, Siap Sindir Tak Jaga Jarak Anak & Merancang

Tak profesional langsung doktor tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sari Asih
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan seorang doktor yang didakwa memulas telinga pesakit wanita hamil ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik mencetuskan kemarahan netizen selepas perkongsian mangsa tular di media sosial

Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan mendakwa menerima layanan mengecewakan ketika sedang mengalami alahan teruk dan muntah akibat hamil.

"Adakah kalau seorang doktor tu boleh sesuka hati naik tangan pulas telinga patient ? Saya amat terkilan tetapi fikir saya tengah alahan teruk muntah kat KK td dgn laparnya aku be like redha kena pulas telinga. Service mmg teruk la doktor tu," tulisnya.

Menurut wanita itu, tindakan kasar tersebut disertai dengan sindiran berkaitan jarak kehamilannya yang dianggap terlalu dekat oleh doktor berkenaan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Johnson's® Baby Indonesia

Difahamkan, anak sulung mangsa kini berusia setahun 10 bulan dan beliau sedang hamil anak kedua yang dijangka bersalin pada bulan Julai, ketika usia anak sulungnya sudah melebihi dua tahun.

"Dia pulas telinga sebab katanya mengandung jarak dekat. Padahal doktor lain sebelum ini cakap okey sebab anak sulung lepas dua tahun," katanya lagi.

Bukan itu sahaja, mangsa turut mendakwa doktor terbabit menyentuh soal kemampuan kewangan serta pilihan pendidikan anak-anaknya pada masa hadapan, yang dianggap tidak wajar dan berbaur sindiran

"Siap sindir konon takkan nak hantar anak ke tadika Kemas atau Perpaduan, mesti nak tadika mahal. Tanya awak mampu ke bayar. Macam itulah kena," dakwanya lagi.

Wanita tersebut turut mendakwa doktor berkenaan menunjukkan sikap kurang berhemah, bukan sahaja terhadap dirinya, malah ketika berkomunikasi dengan jururawat di klinik sama.

Walau bagaimanapun, mangsa mengakui tidak membuat sebarang laporan rasmi terhadap kejadian itu, termasuk melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA).

Perkongsian berkenaan pantas mengundang reaksi orang ramai, dengan ramai netizen mengecam tindakan doktor terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak profesional, melampaui batas serta melanggar etika perubatan, khususnya melibatkan pesakit wanita hamil yang berada dalam keadaan fizikal dan emosi sensitif.

Lihat perkongsian Threads di bawah:

SAYS.com
Image via (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik