DIY Pendawaian Elektrik Ibarat ‘Bom Jangka’, Ramai Masih Ambil Mudah Risiko Kebakaran

Ingat, jangan sesuka hati buat soket sendiri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & mStar
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengubahsuaian pendawaian elektrik secara sendiri atau DIY serta penggunaan juruteknik tidak bertauliah dilihat semakin membimbangkan apabila tindakan memasang soket tambahan tanpa mengambil kira kapasiti beban elektrik boleh mencetuskan kebakaran rumah pada bila-bila masa

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Nor Hisham Mohammad berkata, banyak kes kebakaran kediaman berlaku akibat pemilik rumah mengambil jalan mudah dengan membuat sambungan elektrik daripada soket atau lampu sedia ada tanpa memahami kemampuan sebenar sistem pendawaian.

Menurutnya, amalan DIY yang tidak mengikut standard seperti sambungan longgar, penggunaan kabel tidak sesuai, sambungan bertindan serta penggunaan peralatan berkuasa tinggi secara serentak pada litar sama menjadi antara punca utama berlakunya percikan api dan kebakaran.

"Lebih membimbangkan, ada yang terus membuat sambungan 'bypass' fius dengan menyambung wayar secara terus. Ini tindakan berisiko tinggi dan boleh diibaratkan sebagai bunuh diri kerana sistem perlindungan elektrik tidak lagi berfungsi.

"Overloading sangat kritikal kerana arus tinggi menghasilkan haba pada kabel menyebabkan haba terkumpul sehingga boleh merosakkan penebat dan mencetuskan nyalaan terutamanya jika perlindungan litar tidak sesuai atau diubah suai,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Beliau berkata, pengubahsuaian sistem elektrik tanpa khidmat individu berkemahiran turut menyumbang secara langsung kepada peningkatan risiko kebakaran kediaman

"Kos pendawaian yang tinggi jika ingin diselenggara menyebabkan ada yang memilih jalan lebih murah contoh dalam pasaran kata upah RM1,000 tetapi datang seorang lain tawar RM300 sahaja jadi pemilik sudah tentu akan memilih yang lebih murah.

"Apa yang merisaukan kita pertamanya pemasangan itu tidak mengira beban sepatutnya dia (juruelektrik tidak bertauliah) dia ambil mudah dengan 'tapping' ikut suka di mana wayar sepatutnya untuk lampu dia pergi buat masuk soket. Jadi, asas itu dia tidak buat dan lebih teruk jika dibuat secara DIY apabila pemilik itu melihatnya di saluran YouTube,"
katanya lagi.

Tambah beliau, antara kesalahan biasa yang sering dikenal pasti ketika siasatan kebakaran dijalankan termasuk sambungan 't-joint' tanpa terminal yang betul, penggunaan kabel tidak mengikut saiz piawaian, kotak sambungan dibiarkan terbuka, penambahan soket secara haram daripada satu soket asal serta peningkatan penggunaan elektrik tanpa menaik taraf sistem pendawaian.

"JBPM memberi peringatan supaya elakkan sama sekali melakukan kerja DIY yang membabitkan pendawaian kekal. Gunakan hanya kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan simpan rekod kerja ubah suai dengan memastikan semua pemasangan mematuhi MS/Standard yang diguna pakai," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: