Dituduh Curang, Fattah Amin Tuntut RM5 Juta & Mahu Pempengaruh Mohon Maaf Secara Terbuka

Difahamkan, Fattah mengalami gangguan emosi gara-gara dakwaan mengatakan dia curang dengan bekas isterinya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @fattahaminz (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon popular, Fattah Amin mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman berjumlah RM5 juta terhadap seorang pempengaruh media sosial dan suaminya yang didakwa membuat kenyataan fitnah berkaitan rumah tangganya bersama Fazura

Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan saman itu difailkan pada 26 Ogos lalu selepas Fattah mendakwa Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, telah menerbitkan kenyataan berbaur fitnah di platform Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos.

Kenyataan tersebut didakwa memberi gambaran bahawa Fattah telah curang dengan bekas isterinya sehingga menyebabkan perceraian mereka. Dakwaan itu kemudiannya tular dan dikongsi secara meluas oleh orang ramai serta beberapa portal hiburan.

"Akibat tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum selain ia telah mencemarkan nama baik saya," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Mahkamah arah turunkan semua hantaran fitnah

Peguam yang mewakili Fattah, Mohd Faiz Iskandar Hamzah, memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis telah mengarahkan kedua-dua defendan menurunkan semua hantaran fitnah yang menuduh Fattah curang.

Arahan itu diberikan oleh Hakim Datuk Anand Ponnudurai selepas membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.

"Mahkamah membenarkan permohonan ex-parte dan memberikan perintah ad-interim untuk dua defendan menurunkan semua hantaran berkenaan," katanya.

Selain menuntut ganti rugi RM5 juta, Fattah juga memohon agar kedua-dua defendan membuat kenyataan maaf secara bertulis dan tanpa syarat di semua akaun media sosial mereka.

SAYS.com
Image via @fattahaminz (Instagram)

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia lima tahun.

Namun, selepas tujuh tahun bersama, pasangan itu berpisah apabila Fattah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via