Diskaun Tol 50% Selama Dua Hari Sempena Perayaan Deepavali Mulai 18 Oktober Ini

Dalam pada itu, pihak PLUS juga akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 28 lokasi tumpuan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena sambutan Deepavali, pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2026

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataannya, pelaksanaan diskaun itu akan bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 Oktober dan berakhir jam 11.59 malam pada 19 Oktober, lapor Bernama.

Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada jutaan pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung sempena perayaan berkenaan serta membantu melancarkan aliran trafik sepanjang tempoh cuti panjang.

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 28 lokasi tumpuan trafik 

Dalam pada itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 28 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan pengguna sempena sambutan Deepavali.

"Bagi mengurus kesesakan dan melancarkan pergerakan trafik, PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 28 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di lokasi kritikal di lebuh raya,
" menurut kenyataan itu.

Tambah PLUS, beberapa langkah lain turut dilaksanakan, termasuk penambahbaikan di plaza tol serta kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memastikan perjalanan pengguna lebih selesa dan teratur.

"Bagi melancarkan lagi pergerakan perjalanan orang ramai sepanjang tempoh perayaan Deepavali, PLUS turut mengambil beberapa langkah lain yang merangkumi persediaan di plaza tol serta kawasan rehat dan rawat (R&R)." katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: