Didakwa Scam Lebih 50 Pelanggan & Masih Aktif Berniaga, Pihak Berkuasa Digesa Tangkap Owner Agensi Travel

Semoga pelaku segera ditangkap, ramai dah jadi mangsa dia rupanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @khaliey_ (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan seorang pemilik syarikat pelancongan diterjah oleh salah seorang pelanggannya di sebuah pusat beli-belah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @khaliey_ di laman X, pelanggan tersebut tidak dapat menahan marah apabila terserempak dengan pemilik agensi terbabit.

Dia yang membawa bukti pembayaran kepada syarikat tersebut sebanyak RM43,330 berang apabila ditipu selama berbulan-bulan.

"Nor Fadhilah binti Affendi aku haramkan semua RM43,330 that you took from me and yes this is a story on how i got lied to from a travel agency that was supposed to bagi us ticket flights, itinerary and other things in the package that we bought for 7 people," katanya.

SAYS.com
Image via @khaliey_ (X)

Difahamkan, pemilik Our Stories Travel itu telah menipu lebih 50 orang pelanggan sejak tahun lalu

"Kami tempah pakej ke Switzerland selama 6 hari 5 malam dengan harga RM5990 per pax x 7 sekitar RM43,330 dan dia berjanji untuk memberikan kami tiket penerbangan tetapi beberapa bulan sebelum tarikh dia menghilangkan diri," katanya lagi.

Menurut gadis itu lagi, dia telah membuat dua laporan polis dan juga laporan kepada pihak tribunal. Walau bagaimanapun, tiada tindakan susulan dibuat dan pemilik agensi pelancongan itu dikatakan masih aktif berbisnes dan menjual pakej kepada orang ramai.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna turut berkongsi situasi sama apabila ibunya juga menjadi mangsa penipuan Our Stories Travel

Bercakap kepada SEISMIK, mangsa yang bernama Mastura Jaafar berkata dia telah membuat tempahan trip ke Tokyo 6 hari 5 malam sejak tahun lalu.

"Saya booking bulan September 2024 dan bayar deposit sebanyak RM10,500 untuk 5 dewasa dan 2 kanak-kanak. Sepatutnya kami akan pergi ke Tokyo pada bulan April 2025.

"Saya ambil pakej promo RM3799 x 7 orang dan trip sepatutnya berjalan pada 25-30 April 2025. Namun, selepas membuat pembayaran pertama saya tidak mendapat tiket flight seperti yang dijanjikan.


"Malah, saya diberitahu tiket flight kami mungkin akan diberi seminggu sebelum tarikh penerbangan berlepas" katanya.

Susulan tularnya video tersebut, pempengaruh, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut memanggil mangsa-mangsa bagi memberi keterangan dan menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut

Instagram will load in the frontend.

"Salam @mymotac @pdrmsia_official buat sekarang ni ade lebih dari 50 mangsa ourstoriestravel… semua dah buat laporan kepada tribunal + laporan polis tapi pelaku masih active berniaga dan promote business dia," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via