Detik Cemas Luar Dewan Konvokesyen, Graduan UPM Jadi Wira Selamatkan Warga Emas Rebah
Difahamkan, Muhammad Husni sedang menjalani latihan siswazah perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak.
Cover image via Universiti Putra Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang graduan perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Husni Abu Bakar, pantas bertindak memberikan rawatan awal kepada seorang warga emas yang tiba-tiba rebah di luar dewan konvokesyen
Menurut kenyataan UPM, tindakan graduan Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) itu dilakukan sejurus beliau selesai majlis dan melihat kejadian tersebut.
"Tindak balas pantasnya menilai keadaan mangsa menggunakan prinsip asas kecemasan ABC, membantu melancarkan pernafasan serta mengurus kawasan sekitar menarik perhatian ramai," kata kenyataan itu.

Mangsa telah di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut
Dengan ketenangan yang dimiliki, graduan perubatan itu menggunakan sepenuhnya ilmu klinikal yang dipelajarinya bagi mengendalikan insiden kecemasan di luar dewan konvokesyen baru-baru ini.
Dia dilaporkan menilai nadi, tahap respons, dan keadaan pernafasan mangsa, iaitu seorang warga emas yang rebah, sebelum keluarga mangsa membawa wanita tersebut ke hospital untuk rawatan lanjut.
Muhammad Husni menasihatkan orang ramai agar tidak panik dalam situasi kecemasan. Sebaliknya, masyarakat digalakkan melakukan pemeriksaan asas dan mendapatkan bantuan daripada individu yang berkemahiran perubatan.

Difahamkan, dia kini menjalani latihan siswazah perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak, minat mendalam Muhammad Husni terhadap bidang perubatan telah bermula sejak Tingkatan Tiga dan semakin kukuh selepas kehilangan ayahnya akibat COVID-19.
"Kisahnya pada hari konvokesyen bukan sahaja menyerlahkan ketenangan dan keprihatinannya sebagai seorang graduan perubatan, tetapi turut menggambarkan jiwa seorang doktor muda yang mahu memberi perubahan kepada hidup orang lain," tulis kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



