“Kami Ni Nak Kejar KPI Sajakah?” – Pakar Jawab Tuduhan NGO Terhadap Kes ‘Dentist’ Palsu
Yang salah tetap salah.
Cover image via SAYS via NSTKecoh baru-baru ini mengenai seorang graduan Kolej Vokasional yang dipenjara selama 6 hari kerana gagal membayar denda RM70,000 selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen, Januari lalu
Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, beliau telah dibebaskan Jumaat lepas setelah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Penggiat Ekonomi Malaysia (PPEM) memutuskan untuk mengutip derma bagi membayar denda tersebut selepas membaca mengenai kes Nur Farahanis di media.
Image via NST
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan sewaktu dihubungi NST sebelum ini berkata, Nur Farahanis atau lebih dikenali sebagai Nara merupakan seorang gadis bijak yang hanya membantu memperbetulkan pendakap gigi rakan-rakan berdasarkan video yang dipelajarinya di YouTube
"Kami rasa kami perlu bantu dia dan kami juga percaya kami ada beberapa alasan baik untuk membantunya.
"Saya tidak mengatakan denda yang dikenakan terhadapnya adalah tidak adil. Kami rasa kami perlu membantu seseorang yang mahu keluar daripada kemiskinan dan cabaran kehidupan", katanya.
Tambahnya lagi, Nur Farahanis tidak mahu mengaku bersalah tetapi dia berbuat demikian kerana menyangka denda yang dikenakan akan lebih rendah.
Setelah dibebaskan, Nara telah memuat naik sebuah video di laman sosial yang mengatakan dia berterima kasih terhadap mereka yang cuba menjatuhkannya. Dia kini lebih dikenali, berjaya dan kaya katanya.
Namun, ternyata video tersebut telah menaikkan kemarahan netizen. Netizen menganggap dia tidak perlu dibebaskan dan sepatutnya belajar dari kesilapan dan bukan bermegah-megah.
Image via Zaim Abdul Aziz
Video tersebut telah dimuat naik olehnya di Instagram. Dalam *post* tersebut, pada ruang *caption*, dia mengucapkan terima kasih kepada ramai pihak termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya,
Ucapan terima kasih terhadap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia tersebut telah diragui dan orang ramai mula mempertikaikan mengapa Dato' Seri Dr. Hilmi terlibat sama.
Namun, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan menidakkan dakwaan tersebut melalui satu kenyataan akhbar.
Image via Abdul Rahman Abdul Kadir
Selain itu, sebuah video berdurasi 14 minit 8 saat yang menunjukkan seorang wakil NGO bercerita panjang lebar mengenai kes tersebut juga tersebar luas di media sosial
Dalam video tersebut, seorang lelaki yang dipercayai dari pihak NGO, Team Dragon telah menempelak para doktor dan pihak-pihak yang dikatakan cuba menjatuhkan Nur Farahanis.
Video diambil selepas sahaja Nur Farahanis dibebaskan di penjara Sg Udang, Melaka.
Satu gagasan yang dianggotai oleh anggota perubatan bertauliah yang cukup dikenali di Facebook iaitu Medical Mythbusters Malaysia telah membuat satu post di laman itu agi menjawab tuduhan tersebut
Image via Medical Mythbusters Malaysia


