Demam Labubu Di China, Ramai Sanggup Upah ‘Doktor’ Untuk Baiki Patung

Patung Labubu kini dijual ratusan malah, ribuan yuan di China.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fenomena kegilaan terhadap patung mainan comel dari China, Labubu, telah membuka peluang rezeki buat golongan 'doktor mainan' di negara itu

Menerusi laporan South China Morning Post, seorang 'doktor mainan' dari Shanghai yang dikenali dengan nama samaran Heartman berkongsi bahawa dia telah membaiki lebih 100 patung Labubu dalam tempoh sebulan sahaja.

Dia sehingga terpaksa meminta bantuan isterinya dan berpindah ke studio yang lebih besar bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurutnya, kos pembaikan biasanya sekitar 10% daripada harga asal patung, yang dianggap berpatutan memandangkan satu patung Labubu biasa dijual pada harga 99 yuan (sekitar RM65).

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Menjadi produk paling laris di Pop Mart, cecah sehingga ratusan dan ribuan yuan

Walaupun harga asalnya hanya sekitar 99 yuan, patung Labubu kini dijual ratusan malah, ribuan yuan di pasaran barangan terpakai, terutamanya untuk edisi-edisi yang lebih rare.

Labubu merupakan watak daripada siri The Monsters yang dicipta oleh artis Hong Kong, Kasing Lung. Syarikat mainan terkenal dari China, Pop Mart, mula bekerjasama dengan Lung sejak tahun 2019.

Sejak itu, populariti Labubu terus melonjak pada tahun lalu, siri The Monsters menjadi produk paling laris Pop Mart dengan peningkatan hasil jualan sebanyak 726.6%, mencecah 3.04 bilion yuan.

Antara faktor utama yang melonjakkan fenomena ini ialah Lisa dari kumpulan K-pop Blackpink, yang pernah berkongsi kecintaannya terhadap patung tersebut. Selain itu, menurut pelabur Pop Mart, Wei Zhe, daya tarikan Labubu juga terletak pada saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya item koleksi yang digilai ramai.

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Disebabkan saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, patung Labubu juga lebih terdedah kepada kerosakan fizikal

Ramai pemilik mula berkongsi tip di media sosial China tentang cara membaiki calar dan mengembalikan kilauan bulu patung itu. Malah, ada 'doktor mainan' seperti Heartman yang mengakui dirinya rasa seperti 'doktor sebenar yang menyelamatkan nyawa' apabila membaiki Labubu pelanggan.

Namun, tidak semua bersetuju dengan fenomena ini. Ada netizen yang mempertikaikan kenapa pemilik sanggup berbelanja besar untuk membeli dan membaiki patung yang diperbuat daripada vinil, bahan yang dikatakan tidak tahan lama.

SAYS.com
Image via CNN World

Sebaliknya, ada juga yang berpendapat membaiki patung lebih berbaloi berbanding membeli versi yang sama di pasaran semula, yang harganya boleh mencecah ribuan yuan.

Permintaan terhadap 'doktor mainan' semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan hanya untuk Labubu, tetapi juga untuk membaiki mainan vintaj.

Ada antara mereka, seperti seorang doktor mainan di wilayah Shandong bernama Cui, mempunyai latar belakang dalam seni halus dan pembaikan alat perubatan dan kini dikenali kerana mampu mencipta semula bahagian mekanikal mainan yang rosak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: