DBKU Kutuk Individu Panjat Papan Tanda & Tiang Lampu Demi Trend TikTok Di Kuching

Tingkah laku sedemikian dianggap sebagai pelanggaran serius terhadap adab dan tatasusila masyarakat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Trend di TikTok kini sering menjadi perhatian ramai pengguna media sosial

Setiap kandungan yang viral biasanya cepat tersebar kerana platform ini memudahkan perkongsian video pendek yang kreatif dan menarik.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung insiden melibatkan tiga individu yang dilaporkan berpaut pada struktur papan tanda jalan serta tiang lampu di kawasan bandar raya tersebut.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Membahayakan diri dan merosakkan harta awam

Menerusi hantaran di Facebook, DBKU memandang serius insiden tersebut kerana ia bukan sahaja menjejaskan keselamatan individu terlibat, malah berpotensi merosakkan harta awam serta mencemar imej Bandar Raya Kuching.

DBKU menekankan bahawa menampal bahan seperti pelekat atau poster pada papan tanda jalan tanpa kebenaran adalah kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 22(1)(b), Local Authorities (Cleanliness) By-laws, 1999.

"Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini boleh didakwa di bawah Undang-Undang Kecil 22(2) dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM1,500.00 dan denda tambahan sebanyak RM3,000.00 bagi kesalahan berikutnya atau penjara selama sembilan (9) bulan bagi setiap kesalahan berikutnya.

"Berikutan tindakan tidak sopan dan tidak senonoh oleh individu yang terlibat dalam kejadian ini, DBKU akan membuat laporan polis bagi siasatan lanjut di bawah undang-undang berkaitan ketenteraman awam.

"Tingkah laku sedemikian dianggap sebagai pelanggaran serius terhadap adab dan tatasusila masyarakat serta tidak akan dikompromi oleh pihak DBKU," katanya.

DBKU menyeru orang awam supaya sentiasa memelihara tingkah laku serta menghormati kemudahan awam demi kesejahteraan bersama.

Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk memastikan Bandar Raya Kuching terus kekal bersih, selamat, sejahtera, dan nyaman didiami.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: