DBKL Umum Diskaun 50% Sewa Tapak Penjaja Bermula 1 April Ini

Inisiatif ini dirangka untuk memanfaatkan lebih 10,000 peniaga kecil dan penjaja di ibu kota.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 1 April depan sehingga 31 Disember 2027, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal melaksanakan pengurangan kadar sewaan sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis perniagaan terpilih di bawah pengurusannya

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa inisiatif ini dirangka untuk memanfaatkan lebih 10,000 peniaga kecil dan penjaja di ibu kota.

Langkah proaktif tersebut bertujuan meringankan beban kos operasi yang kian meningkat, sekali gus memastikan kelangsungan perniagaan golongan berkenaan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Beliau memberitahu, inisiatif pengurangan sewa tersebut diambil berikutan tekanan kos sara hidup yang meningkat kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global, yang turut mempengaruhi kenaikan harga minyak dunia serta kos logistik.

"Inisiatif ini sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos operasi dihadapi penjaja dan peniaga mikro di bandar," katanya.

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Menjadikan DBKL antara PBT terawal di Malaysia yang melaksanakan pengurangan kadar sewa secara menyeluruh

Menurut Hannah, inisiatif ini meletakkan DBKL sebagai antara pihak berkuasa tempatan terawal di Malaysia yang melaksanakan pengurangan kadar sewa secara menyeluruh pada skala besar demi membantu peniaga kecil serta warga kota.

"Pengurangan ini dilaksanakan melalui potongan 50 peratus secara menyeluruh dengan kadar sewaan minimum ditetapkan pada RM50 sebulan.

"Ini bermakna walaupun potongan 50 peratus diberikan, kadar sewaan akhir yang dikenakan kepada penyewa tidak akan kurang daripada RM50 sebulan," katanya.

Walau bagaimanapun, Hannah menjelaskan bahawa premis dengan kadar sewa RM50 dan ke bawah akan kekal pada kadar sedia ada tanpa sebarang pengurangan.

"Sebagai contoh, jika kadar sewaan asal adalah RM160, selepas potongan 50 peratus kadar baharu menjadi RM80. Jika kadar asal RM80, potongan secara matematik menjadikannya RM40, namun kadar sewa yang dikenakan tetap RM50 kerana tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan.

"Sekiranya kadar sewaan asal adalah RM30, maka kadar sewaan itu akan dikekalkan pada kadar sedia ada iaitu RM30," katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

Beliau menambah bahawa bagi menikmati insentif tersebut, penyewa diwajibkan menjelaskan sebarang tunggakan sedia ada terlebih dahulu sebelum layak menerima pengurangan kadar sewa berkenaan.

"Syarat itu penting memandangkan terdapat permintaan tinggi daripada pemohon lain yang ingin mendapatkan tapak penjaja dan premis perniagaan milik DBKL.

"Langkah itu adalah pendekatan sementara bagi membantu peniaga kecil menghadapi tekanan kos sara hidup semasa, selain mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan dasar yang dilaksanakan memberi kelegaan nyata kepada peniaga kecil.

"Pada masa sama, ia tidak menjejaskan keupayaan DBKL untuk terus menyediakan kemudahan serta perkhidmatan berkualiti kepada warga kota,"
katanya.

Menurut beliau, DBKL akan sentiasa memantau perkembangan kos sara hidup dan bersedia mengambil langkah proaktif demi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar yang inklusif, berdaya tahan, serta prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: