DBKL Tutup Lapan Premis Kotor Di Bukit Bintang Dalam Operasi Penguatkuasaan

Pengendali makanan didapati tidak memakai apron dan penutup kepala seperti yang diwajibkan mengikut Undang-Undang Kecil 7(1).

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan penutupan lapan premis perniagaan dalam satu operasi penguatkuasaan di Jalan Walter Granier

Menerusi kenyataan di Facebook, operasi yang menyasarkan kedai runcit dan premis makanan itu bertujuan memastikan standard kebersihan serta keselamatan makanan dipatuhi.

Selain arahan tutup, sebanyak 13 kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan hasil daripada pemeriksaan menyeluruh di kawasan terbabit.

"Antara kesalahan dikesan ialah menjalankan perniagaan tanpa lesen Datuk Bandar sebagaimana diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil 3(1), kegagalan memastikan pengendali makanan mendapatkan suntikan tifoid mengikut Undang-Undang Kecil 23(3)(b).

"Keadaan lantai dapur yang kotor dan berdaki hitam sebagaimana melanggar Undang-Undang Kecil 25(1)(b) serta kewujudan urungan makhluk perosak seperti lipas dan tikus di bahagian dapur dan tempat penyimpanan makanan di bawah Undang-Undang Kecil 25(1)(c)," tulis kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)
SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)

DBKL akan terus memantau dan bertindak tegas terhadap premis yang ingkar

Dalam operasi tersebut, DBKL mendedahkan pelbagai pelanggaran serius dikesan termasuk penggunaan bekas polisterin bagi pembungkusan makanan yang menyalahi Undang-Undang Kecil 25(1)(e).

Pemeriksaan turut mendapati bahan mentah diletakkan di atas lantai kurang daripada 20 sentimeter (melanggar UUK 33(3)), manakala pengendali makanan gagal mematuhi etika berpakaian seperti pemakaian apron dan penutup kepala (UUK 7(1)).

"Turut dikesan ialah pengurusan kebersihan yang tidak mematuhi piawaian, termasuk aktiviti pemotongan, membasuh dan mencuci di luar kawasan premis serta kedai runcit yang menjual ayam hidup di dalam premis.

"Tindakan penutupan premis dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Penempatan Makanan (WPKL) 2016 serta Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya.

DBKL menegaskan tidak akan berkompromi dan akan meneruskan pemantauan bagi memastikan keselamatan makanan serta piawaian kesihatan awam sentiasa terpelihara.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)
SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: