Dating Sweet-Sweet, Sekali Teman Lelaki Hantar QR Minta Bayar Balik Aiskrim RM2

Alamak, parah macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang tidak dinafikan harga barang semakin meningkat dan banyak kos perlu difikirkan

Malah, dengan keadaan ekonomi semasa, ramai yang memilih untuk lebih berjimat termasuklah dalam hal dating yang sememangnya memerlukan perbelanjaan.

Disebabkan itu, topik berkaitan kewangan dalam hubungan sering menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Threads apabila seorang individu berkongsi tangkap layar perbualan bersama teman lelakinya yang mencetuskan pelbagai reaksi.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Chat adalah palsu, tapi kongsi pengalaman adalah benar

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa teman lelakinya meminta dia membayar semula harga aiskrim bernilai RM2 melalui QR selepas mereka keluar bersama.

Situasi itu menjadi lebih tegang apabila wanita tersebut mempertikaikan tindakan itu kerana sepanjang pertemuan mereka, dia yang menanggung kebanyakan perbelanjaan termasuk tiket wayang dan makanan.

Lebih mengejutkan, lelaki itu didakwa menggelarkan wanita tersebut sebagai 'gold digger' walaupun hanya melibatkan perkara kecil, malah dilihat cuba memainkan peranan sebagai mangsa dalam situasi tersebut.

SAYS.com
Image via Threads

Bagaimanapun, selepas penelitian lanjut, didapati perbualan yang dikongsikan itu sebenarnya adalah fake chat. Namun, individu tersebut menjelaskan bahawa ia hanya digunakan untuk memudahkan orang ramai memahami situasi sebenar yang pernah dilaluinya.

"I nak share banyak lagi pengalaman I dengan jantan tu, yes I guna fake chat but the situation and all the conversation is REAL! I guna fake chat supaya korang faham and senang baca. Lagi pun chat I dengan dia I dah lama delete.

"I'm promise I tak reka cerita or nak ragebait sesiapa. I hope korang kat luar sana jumpa partner yang baik baik tak kisah lelaki atau perempuan," katanya.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet mengenai soal kejujuran, tanggungjawab kewangan dan sikap dalam hubungan, terutama apabila melibatkan perkara kecil yang boleh memberi kesan besar kepada kepercayaan antara pasangan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik