Dari Malaysia Ke Pentas Dunia, Wanita Bawa Jenama Rempah Tempatan Tembus Pasaran Kanada

Bangganya produk tempatan berjaya masuk pasaran antarabangsa!

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & Chitthi Spice Sdn. Bhd.
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula dengan modal keyakinan dan keberanian, seorang wanita Malaysia kini bersedia mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa melalui jenama rempah tempatan

Menurut laporan Free Malaysia Today, pengasas Chitthi Spice, G Ganga Dewi, 46, bakal menembusi pasaran Kanada selepas penghantaran percubaan produknya menerima sambutan positif tahun lalu. Kini, ejen tempatan di negara itu sedang menyiapkan kemudahan gudang sebelum kemasukan rasmi jenama berkenaan.

Menurut Ganga Dewi, penglibatannya dalam industri rempah bukan sekadar perniagaan, tetapi bukti bahawa wanita juga mampu berjaya dalam sektor yang sering dikuasai lelaki.

"Rempah digunakan dalam hampir semua masakan. Rempah Malaysia pula mempunyai aroma dan rasa yang sangat unik, sebab itu permintaannya tinggi di luar negara," katanya.

SAYS.com
Image via FMT

Ditubuhkan pada tahun 2022, Chitthi Spice mencatat perkembangan pantas apabila berjaya memperoleh pensijilan halal hanya dalam tempoh tiga bulan, selain pensijilan keselamatan makanan daripada Kementerian Kesihatan

Menariknya, Ganga Dewi mengakui beliau tidak pernah merancang untuk menjadi usahawan walaupun berasal daripada keluarga peniaga. Segalanya berubah selepas menyertai Program Pementoran Usahawan Wanita Pulau Pinang (PenMentor), yang memberi bimbingan dan keyakinan sehingga beliau sanggup melabur hampir RM500,000 daripada simpanan sendiri.

Pada mulanya, kilang Chitthi Spice hanya menghasilkan enam jenis rempah asas. Namun hari ini, jenama itu menawarkan hampir 60 jenis rempah dan serbuk rempah, selain 40 produk lain termasuk minuman herba dan manisan India.

SAYS.com
Image via Chitthi Spice Sdn. Bhd.

Keistimewaan Chitthi Spice terletak pada penggunaan ramuan asli tanpa pewarna atau penambah perisa, menghasilkan rasa yang lebih autentik dan aroma yang kuat. Setiap hari, kilang tersebut mampu menghasilkan antara 500kg hingga 800kg serbuk rempah.

Walaupun sukar menembusi pasaran pada peringkat awal, usaha konsisten menyertai ekspo keusahawanan dan halal serta promosi aktif di TikTok membantu jenama ini dikenali ramai.

Kini, operasi kilang yang bermula dengan pasangan suami isteri itu sahaja telah berkembang dengan enam pekerja sepenuh masa, selain pekerja sambilan ketika musim perayaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: