Dakwa Bekas Isteri Langgar Perjanjian, Chazynash Dedah Sebab Tarik Balik Mutaah RM100,000

Chazynash mengesahkan perceraiannya dengan Fatin Morat pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran di Instagram.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @chazynash (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash, tampil menjelaskan tindakannya menarik balik pemberian mutaah berjumlah RM100,000 kepada bekas isterinya, Fatin Morat, susulan dakwaan bahawa wanita itu meneruskan tuntutan harta sepencarian

SAYS.com
Image via @chazynash (Instagram)

Menurut Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, keputusan memberikan mutaah tersebut sebelum ini dibuat atas dasar persetujuan bersama antara kedua-dua pihak, dengan syarat tuntutan harta sepencarian tidak akan dibangkitkan selepas mutaah dipersetujui.

Walau bagaimanapun, Chazynash mendakwa bekas isterinya telah melanggar kesepakatan itu apabila tetap meneruskan tuntutan harta sepencarian, sekali gus menyebabkan dia menarik semula pemberian berkenaan.

"Dia dah langgar perjanjian kami. Bab salah dari sisi undang-undang Islam atau tidak biar saya yang tanggung tapi itulah perjanjian yang kami buat," katanya.

Mengulas lanjut, Chazynash mengakui tindakannya mungkin dipersoalkan dari sudut undang-undang Islam, namun menegaskan keputusan itu dibuat berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama

SAYS.com
Image via OHBULAN!

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan bekas isterinya yang didakwa masih mahu menuntut harta sepencarian walaupun mutaah telah diberikan sebelum ini."

"Takkan dah nak tuntut harta sepencarian tapi duit saya bagi tu nak sapu. Tamak betul, tak adil untuk saya," katanya lagi.

Terdahulu, Chazynash dilaporkan telah menarik semula beberapa kemudahan yang disediakan kepada bekas isterinya, termasuk pemberian mutaah, susulan kemelut tuntutan tersebut.

Untuk rekod, Chazynash mengesahkan perceraiannya dengan Fatin Morat pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran di Instagram.

Lihat posting di bawah:

Instagram will load in the frontend.
==

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik