Cuti Sekolah Tahun Baharu Cina 2026 Jadi Lebih Panjang, KPM Peruntukkan 3 Hari Cuti Tambahan
Selamat bercuti buat semua pelajar dan guru di seluruh Malaysia!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasminya mengumumkan pemberian tiga hari cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi sesi akademik 2026
Langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada warga sekolah, khususnya para pelajar dan guru, untuk menikmati cuti perayaan yang lebih panjang bersama keluarga serta memudahkan urusan pulang ke kampung halaman.
Bagi tahun 2026, sambutan Tahun Baharu Cina jatuh pada hari Selasa (17 Februari) dan Rabu (18 Februari) yang merupakan cuti umum di Malaysia. Dengan tambahan tiga hari daripada KPM, sesi persekolahan akan ditangguhkan selama hampir seminggu mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Berikut adalah tarikh lengkap bagi cuti tambahan tersebut:
1. Kumpulan A
(Negeri: Kedah, Kelantan dan Terengganu) Sekolah di negeri-negeri ini akan mendapat cuti tambahan pada tarikh berikut:
- 15 Februari 2026 (Ahad)
- 16 Februari 2026 (Isnin)
- 19 Februari 2026 (Khamis)
2. Kumpulan B
(Negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) Sekolah di negeri-negeri ini akan mendapat cuti tambahan pada tarikh berikut:
- 16 Februari 2026 (Isnin)
- 19 Februari 2026 (Khamis)
- 20 Februari 2026 (Jumaat)

Mengeratkan perpaduan dan budaya rakyat Malaysia
Pemberian cuti tambahan ini bukan sekadar untuk berehat, malah bertujuan menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan persefahaman budaya dalam kalangan murid-murid berbilang kaum di Malaysia.
Tahun Baharu Cina merupakan simbolik penting kepada permulaan harapan baharu, kesejahteraan, dan tradisi makan besar yang mengeratkan hubungan kekeluargaan. KPM berharap dengan pengumuman awal ini, ibu bapa dapat melakukan perancangan perjalanan dengan lebih awal dan selamat.
Warga sekolah dinasihatkan untuk merujuk kalendar akademik yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada kekeliruan mengenai tarikh kembali bertugas dan sesi pembelajaran selepas tamat cuti perayaan tersebut.

Gambar sekadar hiasan
Image via Qoala MalaysiaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 