Culas Bayar Nafkah? Kerajaan Selangor Cadang Sita Harta & Tahan Pendapatan
Sebanyak 1,189 aduan pelanggaran nafkah diterima sejak 2022 hingga 31 Mei 2025.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Selangor kini sedang merangka langkah lebih tegas dalam menangani isu suami yang culas atau ingkar mematuhi perintah pemberian nafkah kepada bekas isteri atau anak-anak
Antara mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah pelaksanaan sitaan aset milik suami, sebagai satu bentuk tekanan undang-undang bagi memastikan mereka bertanggungjawab memenuhi kewajipan nafkah seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah syariah.
Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh hak golongan wanita dan anak-anak, selain memberi mesej jelas bahawa kegagalan memberi nafkah bukanlah isu kecil, tetapi satu bentuk pengabaian yang boleh dikenakan tindakan serius.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KosmoBanyak aduan aduan pelanggaran nafkah diterima sejak tahun 2022 hingga 31 Mei 2025
Menurut laporan Bernama, EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah memberitahu cadangan lain turut melibatkan perintah tahan pendapatan, hiwalah (garnishment order) atau penjualan harta pihak yang ingkar membayar nafkah.
"Pemilihan mekanisme tepat dan efisien oleh pihak yang menuntut nafkah, khususnya bekas isteri atau penjaga anak adalah antara faktor penting dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan perintah nafkah.
"Kegagalan memilih saluran atau mekanisme sesuai boleh menyebabkan kelewatan, kekeliruan dan akhirnya menjejaskan hak penerima nafkah," katanya.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah.
Image via Sinar HarianMenjawab pertanyaan Mariam Abdul Rashid (PH–Meru) berkenaan usaha memperkasa undang-undang di Selangor untuk menangani kes kegagalan membayar nafkah, Mohammad Fahmi memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang mengambil langkah proaktif.
Menurutnya, menerusi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), pihak kerajaan kini dalam proses merangka kerjasama strategik bersama beberapa agensi penting seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta institusi kewangan, bagi memudahkan proses pengesanan dan sitaan aset terhadap individu yang ingkar perintah nafkah.
Langkah ini dijangka dapat mempercepatkan tindakan terhadap pesalah serta memberi keadilan kepada pihak yang teraniaya.
"Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama-sama JAKESS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ahli akademik dan pakar perundangan syariah sedang meneliti dan mencadangkan pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi memperkemas peruntukan berkaitan penguatkuasaan perintah nafkah," katanya.
Beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,189 aduan pelanggaran nafkah diterima oleh Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Selangor sejak 2022 hingga 31 Mei 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 