Cukai Pijak Tanah Thailand Ditunda, Pelancong Malaysia Tak Perlu Bayar RM39 Sehingga 2026

Berita baik untuk kaki travel!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bangkok Airways & The Nation
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Thailand sebelum ini dilaporkan bercadang untuk memperkenalkan cukai 'pijak tanah' terhadap pelancong asing, termasuk rakyat Malaysia yang datang ke negara itu pada penghujung tahun ini

Menurut laporan The Nation, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand walau bagaimanapun kini memaklumkan bahawa pelaksanaan cukai tersebut akan ditangguhkan sehingga pertengahan tahun 2026.

Yuran tersebut dikenali sebagai 'Kha Yeap Pan Din' yang bermaksud 'yuran memijak bumi Thailand'.

SAYS.com
Image via The Exchange Asia

Tunggu musim puncak 2025 sebelum tetapkan yuran muktamad

Difahamkan, Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chakrapol Tangsutthitham berkata, keputusan itu dibuat selepas Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, melakukan semakan semula terhadap rancangan tersebut.

Menurut Chakrapol, buat masa ini kementerian berpendapat keadaan semasa masih tidak sesuai untuk memperkenalkan semula yuran pelancongan itu.

Beliau juga menambah, kementerian sedang menunggu untuk menilai permintaan pelancong antarabangsa pada musim puncak yang dijangka berlaku pada suku keempat tahun 2025.

Hasil penilaian itu nanti akan menentukan struktur yuran yang paling sesuai, termasuk mengikut jenis dan cara ketibaan pelancong.

SAYS.com

Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chakrapol Tangsutthitham

Image via The Nation

Berikut adalah anggaran caj yang dirancang:

THB300 (RM39) – untuk pelancong yang tiba melalui udara.

THB150 (RM20) – untuk pelancong yang masuk melalui darat atau laut.

Dengan keputusan penangguhan ini, yuran Kha Yeap Pan Din dijangka hanya akan dikuatkuasakan pada suku ketiga atau suku keempat tahun 2026.

Buat masa ini, pelancong yang merancang untuk ke Thailand masih belum perlu risau tentang bayaran ini, sekurang-kurangnya sehingga selepas musim puncak 2025 berakhir.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: