CUEPACS Rayu Kerajaan Pertimbang Beri Bonus Sebulan Gaji Buat Penjawat Awam

Ia menerusi pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober depan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

CUEPACS berharap Belanjawan 2026 akan membawa khabar gembira buat lebih 1.6 juta penjawat awam di Malaysia

Menerusi laporan Bernama, Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bantuan khas kewangan atau bonus sebulan gaji kepada penjawat awam menerusi pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober depan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah ini amat ditunggu-tunggu kerana kali terakhir penjawat awam menerima bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji adalah 12 tahun lalu.

"Walaupun kita berterima kasih kerana kerajaan telah melaksanakan kenaikan gaji sebanyak lapan peratus pada Disember lepas dan tujuh peratus pada Januari tahun depan, kami masih tertunggu-tunggu bentuk bonus atau bantuan khas kewangan yang boleh diumumkan kerajaan.

"Sudah lama kami tidak mendengar perkataan pembayaran dalam bentuk sebulan atau dua bulan gaji. Kami hanya mendengar lima ratus sahaja," katanya.

SAYS.com

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat

Image via Sinar Harian

Mohon kerajaan kerajaan beri perhatian naik taraf fasiliti kesihatan dan lantikan tetap jururawat

Selain isu bonus, CUEPACS mahu aspek kesihatan dan sumber manusia sektor perubatan turut diberi perhatian segera.

Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya memberi perhatian serius terhadap kerja-kerja naik taraf fasiliti kesihatan yang daif dalam pembentangan Belanjawan 2026.

"Masih terdapat klinik kesihatan di luar bandar dan pedalaman dalam keadaan usang hingga menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

"Dalam belanjawan akan datang kami berharap kerajaan dapat lihat kemudahan yang patut disediakan kepada rakyat. Pada masa sama petugas kesihatan juga mampu memberi perkhidmatan terbaik bersesuaian dengan kemudahan tersebut," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, selain itu CUEPACS juga merayu agar kerajaan menyegerakan lantikan tetap kira-kira 2,000 jururawat masyarakat yang telah lulus Peningkatan Secara Lantikan (PSL) bagi memenuhi keperluan mendesak sektor perubatan negara.

Menurutnya, ketika ini pekerja sektor perubatan termasuk jururawat berdepan tekanan kerja yang tinggi akibat kekurangan tenaga kerja, terutamanya di hospital dan pusat kesihatan awam di seluruh negara.

"Kami mendapati hampir 2,000 jururawat masyarakat telah lulus PSL, tetapi belum dilantik kepada jururawat terlatih dan dinaikkan daripada gred U1 kepada U5. Kami mohon kerajaan melaksanakan secepat mungkin lantikan mereka kerana keperluan dari segi jururawat terlatih pada masa sekarang amat mendesak.

"Bagaimanapun kami juga berharap jika dinaikkan gred, mereka tidak dihantar ke Sabah atau Sarawak untuk bertugas kerana kekosongan dan keperluan masih wujud di tempat sama," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: