Cubaan Wanita Mohon Netizen Cadang Nama Anak Tema Bunga Cuit Hati Ramai
Ada netizen yang memberi cadangan dengan nama "Hankook (bunga tayar)".
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama bunga telah lama wujud di Alam Melayu dan selalunya menjadi sesuatu yang unik untuk diberi
Setiap bunga bukan sahaja cantik untuk dipandang tetapi mempunyai sejarah dan budaya tersendiri.
Nama-nama klasik bunga ini dikatakan disukai ibu bapa terutama untuk panggilan yang sangat unik, menarik dan lebih sedap didengar.
Cubaan mohon cadangan menjadi lebih dari apa yang dipohon
Baru-baru ini, seorang wanita di Threads dengan nama who.sh.rf telah bertanya kepada warga Threads untuk nama anak bersempena bunga yang bermula dengan huruf 'H'.

"Tolonglah cadangkan nama anak perempuan bunga selain nama orked, lily, dahlia, mawar, rose, yasmin. Nak H depan lepas tu nama bunga," ujar who.sh.rf.
Netizen tidak melepaskan peluang untuk memberi cadangan, tetapi majoriti cadangan sebaliknya dipenuhi dengan cadangan yang tidak masuk akal dan kelakar.
Ini antara cadangan yang diberikan:




Perlu juga diingatkan kepada semua ibu bapa bahawa anak perlulah mempunyai nama dengan makna yang baik dan jelas, tidak terlalu panjang, dan tidak menyusahkan atau berpotensi membuatkan anak-anak anda malu apabila mereka besar kelak.
Who.sh.rf mengatakan dia akan mempertimbangkan nama-nama yang diberi dan berterima kasih kerana menghiburkan harinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 