Cuaca Panas & Kering Dijangka Berterusan Di Semenanjung Hingga 31 Januari – METMalaysia

Dalam masa sama, ribut petir diramalkan melanda Sabah, Labuan dan Sarawak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3 & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuaca panas dan kering dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia, khususnya di wilayah utara, sehingga 31 Januari ini

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di laman Facebook, ramalan tersebut dibuat berdasarkan analisis terkini model cuaca semasa.

Walaupun keadaan kering dijangka berlarutan di Semenanjung, METMalaysia memaklumkan bahawa fenomena penumpuan angin (wind convergence) dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak dari 29 hingga 31 Januari.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

"Keadaan ini boleh menyebabkan kejadian ribut petir berserta hujan lebat berpanjangan di kawasan terlibat dalam tempoh berkenaan," kata Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa melalui laman web METMalaysia, saluran media sosial rasmi mereka, atau dengan memuat turun aplikasi mudah alih myCuaca

"Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," menurut kenyataan rasmi.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via Malaysian Meteorological Department (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: