“Cikgu Tu Bukan Biasa-Biasa” – Individu Tampil Dedah Siapa Sebenarnya Guru Yang Ditumbuk
Harap kes ini dipermudahkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di media sosial, sebuah video memaparkan tindakan agresif seorang pelajar tingkatan dua yang menumbuk gurunya di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor yang mencetuskan kemarahan orang ramai
Menurut pihak polis, kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terbabit selepas ditegur oleh guru berkenaan kerana ponteng kelas Pendidikan Jasmani.
Terbaharu, identiti guru yang menjadi mangsa kejadian itu dikenal pasti sebagai Cikgu Wan Anwar.

Mangsa merupakan cikgu ganti sementara
Menurut satu perkongsian oleh pengguna Facebook, Rah Fird, mangsa sebenarnya hanyalah seorang guru ganti yang masih menunggu giliran menduduki ujian kelayakan untuk jawatan guru tetap. Rah Fird merupakan abang kepada guru berkenaan.
Menurut Rah Fird, kejadian berlaku apabila adiknya, Cikgu Wan Anwar, cuba meleraikan satu situasi tegang antara seorang pelajar dan guru lain yang sedang dimarahi.
Difahamkan, pelajar tersebut sebenarnya telah ponteng kelas, namun bertindak memarahi guru yang menegurnya. Cikgu Wan Anwar hanya cuba membantu, namun berakhir dengan ditumbuk oleh pelajar terbabit.
Apa yang lebih memilukan, Cikgu Wan Anwar hanyalah seorang guru ganti sementara yang kini masih menunggu peluang untuk menduduki ujian kelayakan bagi menjawat jawatan guru tetap.
Menurut Rah Fird, adiknya itu telah berkhidmat sebagai guru ganti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama lebih empat tahun, dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dia juga merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan atlet boling negeri Johor, selain pernah mewakili negeri dalam kejohanan SUKMA dan MSSM.
Rah Fird memaklumkan bahawa keluarga mereka telah menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dan berharap agar pelajar terbabit dikenakan hukuman yang adil dan setimpal.
"Kami sudah serahkan kes ini kepada pihak berkuasa dan berharap hukuman yang bersesuaian dan setimpal kepada murid tersebut. Murid tersebut masih muda. Masih ada lagi ruang untuk menabur jasa kepada orang lain.
"Semoga anak murid tersebut mendapat didikan yg bersesuaian serta diberikan keinsafan dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat suatu hari nanti.
"Kepada Cikgu Wan Anwar, teruskan menjadi contoh yang baik kepada semua murid dan rakyat Malaysia. Jangan putus asa dengan apa yang terjadi. Semangat dan sokongan semua dari keluarga akan terus bersama adik. InshaAllah," tulisnya.
Lihat perkongsian di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 