Christy Ng Terjah Kedai Jual Beg Fake Jenamanya Di China – “Tambah Sikit Lagi Boleh Dapat Yang Original”

Tak sangka beg Christy Ng pun ada yang fake ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @Christy Ng (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pengasas beg tangan tempatan, Christy Ng pergi ke China untuk melihat sendiri koleksi handbag jenamanya yang dikatakan banyak dijual di sana secara fake

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Christy dan teamnya menerjah sendiri ke kedai-kedai beg di sebuah pasar raya.

Apa yang membuatkannya terkejut, koleksi beg terbaharu jenamanya turut dijual.

"Di China pun ada Christy Ng tau. Korang beli dari sini, datang ke kedai kita minta tukar minta warranty. Saya mati," katanya.

Beg yang best seller pun ada

"Diaorang cakap ramai permintaan daripada Indonesia dan Malaysia. We're world class now. Kenapa nak beli copy sedangkan tambah sikit je dapat ori," sindirnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pelanggan yang membeli beg fake kerana bagi mereka harga beg Christy Ng tidaklah mahal sehingga mencecah ribuan ringgit dan masih mampu milik.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via