Christy Ng Kongsi Rahsia Konten Selalu Dapat Views Tinggi Di TikTok

Konten Christy Ng semua best!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang individu mendedahkan rahsia usahawan dan pempengaruh, Christy Ng sentiasa mengekalkan views yang tinggi di TikToknya dalam sebuah talk

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Sulaiman Arsad di Facebook, individu tersebut berkata Christy Ng sentiasa percayakan team contentnya.

"Video ni baru 9 jam, dah dekat 3M views. Tadi Christy Ng ada share apa rahsianya masa talk kat BrandFest. Aku rasa semua content creator boleh ikut," tulisnya.

SAYS.com
Image via @christyemilylove (TikTok)

Guna prinsip 'benda tak rosak, jangan ubah'

Menurut individu itu, Christy Ng sentiasa meletakkan kepercayaan terhadap stafnya yang diberi tanggungjawab untuk membuat konten syarikat mereka.

"Ok macam ni. Christy Ng (CN) memang trust team konten dia. Hampir semua konten, team dia yang muka eksotik tu yang akan cari idea dan execute. Mungkin ada jugalah dari staf lain. CN just ikut je," katanya.

SAYS.com
Image via @christyemilylove (TikTok)
SAYS.com
Image via @christyemilylove (TikTok)

Menurut Christy lagi, team content akan cuba pelbagai style video mengikut citarasa penonton

Contohnya seperti konten trendi, nostalgia, inspirasi dari filem atau drama dan juga kolaborasi yang relevan.

"Once diorang jumpa satu style konten yang secara konsisten bagi view yang tinggi, diorang akan replicate untuk next konten. CN kata diorang jumpa satu style konten yang konsisten bagi view tinggi which is – video dia pukul team dia yang nakal.

"Guna je style tu sampai orang bosan dan tak nak tengok. Key takeaway:

1. Cari style yang bagi view tinggi
2. Dah jumpa, replicate

Kepada owner biz yang ada team konten, put your trust on them,"
katanya lagi.

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik