China Perkenal Kereta Api Terpantas Dunia, Cecah Kelajuan 453KM/J
Kereta api laju itu boleh memecut dari keadaan pegun ke 350km/j dalam hanya 4 minit 40 saat.
Cover image via CNNFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kereta api berkelajuan tinggi CR450, yang dibangunkan China, memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 kilometer sejam (km/j), lapor Xinhua
Difahamkan, tren generasi baharu itu direka untuk kelajuan ujian maksimum 450km/j dan kelajuan operasi komersial 400km/j, menjadikannya kereta api terpantas di dunia ketika ini.
Ujian kelayakan dijalankan di laluan kereta api laju yang menghubungkan Shanghai dan Chengdu, iaitu antara kawasan metropolitan timur dengan bandar pedalaman barat China.
Projek CR450 merupakan sebahagian daripada usaha negara itu memperkukuh keupayaan teknologi pengangkutan rel, selain meningkatkan kecekapan perjalanan jarak jauh serta mempercepatkan pembangunan rangkaian kereta api laju nasional.

Model CR450 menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik dengan bahagian hadapan lebih panjang
Kereta api berkelajuan tinggi CR450 milik China terus mencipta sejarah apabila berjaya memecut dari keadaan pegun ke 350 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh hanya empat minit 40 saat, selain mencatat rekod baharu apabila dua tren berselisih pada kelajuan gabungan 896km/j.
Dibandingkan dengan model terdahulu, CR400, tren CR450 menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik dengan bahagian hadapan lebih panjang, garis bumbung direndahkan 20 sentimeter, serta pengurangan berat sebanyak 50 tan.
Penambahbaikan itu membantu mengurangkan rintangan angin sehingga 22 peratus, sekali gus meningkatkan kecekapan tenaga dan kestabilan tren ketika bergerak pada kelajuan tinggi.
Ketika ini, model CR400 Fuxing yang digunakan secara komersial bergerak pada kelajuan operasi 350km/j.
Bagaimanapun, sebelum dibenarkan membawa penumpang, CR450 perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 600,000 kilometer operasi tanpa sebarang masalah bagi mendapatkan kelulusan penuh daripada pihak berkuasa pengangkutan China.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



