China Pecah Rekod Dunia Dengan Jambatan Tertinggi, Perjalanan 2 Jam Jadi Hanya 2 Minit

Jambatan Huajiang Grand Canyon yang merentasi Sungai Beipan dibina setinggi 625 meter di kawasan pergunungan Guizhou.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

China sekali lagi mencatat sejarah apabila jambatan tertinggi dunia rasmi dibuka di Wilayah Guizhou

Hal ini sekali gus memberikan impak besar terhadap mobiliti dan pembangunan kawasan pergunungan.

Jambatan Huajiang Grand Canyon, yang merentasi Sungai Beipan di Guizhou, barat daya China, dibuka kepada lalu lintas pagi semalam selepas siap dibina dalam tempoh tiga tahun, lapor Xinhua.

Dengan ketinggian 625 meter, jambatan itu kini memegang gelaran sebagai jambatan tertinggi dunia hampir sembilan kali lebih tinggi berbanding Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat.

Struktur mega sepanjang 2,890 meter merentasi Huajiang Grand Canyon yang digelar sebagai "retakan Bumi" muncul sebagai tambahan terbaharu dalam rangkaian infrastruktur moden China yang berkembang pesat.

SAYS.com
Image via AFP

Jambatan baharu ini bakal meningkatkan keterhubungan serantau

Menariknya, jambatan tertinggi dunia sebelum ini turut dibina merentasi Sungai Beipan, hanya kira-kira 100 kilometer dari lokasi Jambatan Huajiang Grand Canyon, sekali gus menegaskan dominasi China dalam membangunkan projek kejuruteraan bertaraf dunia.

Rekod terdahulu yang dicatat pada 2016 menunjukkan ketinggian menegak 565.4 meter dari dek jambatan ke permukaan sungai.

"Jambatan baharu ini, yang akan meningkatkan keterhubungan serantau secara signifikan, adalah projek mercu tanda yang menonjolkan inovasi China," kata Ketua Jabatan Pengangkutan Wilayah, Zhang Yin.

SAYS.com
Image via AFP
SAYS.com
Image via AFP

Sejak pembinaannya dimulakan, pasukan jurutera berjaya menempuh pelbagai cabaran besar.

Dengan memanfaatkan teknologi terkini seperti navigasi satelit, dron, sistem pemantauan pintar serta bahan berkuatan ultra-tinggi, mereka mampu mencapai tahap ketepatan sehingga paras milimeter dalam pembinaan di altitud tinggi, sekali gus menukar halangan yang dahulunya hampir mustahil ditembusi menjadi koridor pengangkutan moden.

Wilayah Guizhou antara kawasan paling kurang membangun di China yang kini muncul sebagai pusat infrastruktur bertaraf dunia dengan lebih 30,000 jambatan di kawasan pergunungan, termasuk tiga daripada jambatan tertinggi dunia.

Malah, hampir separuh daripada 100 jambatan tertinggi dunia kini terletak di wilayah berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: