China Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia, Lebih 25 Jam Terbang Di Udara

Laluan baharu ini bertujuan memenuhi keperluan diaspora Asia Timur di Argentina, salah satu komuniti paling pesat berkembang di negara itu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat penerbangan China, China Eastern Airlines, dilaporkan oleh Independent, baru-baru ini telah berjaya melaksanakan penerbangan komersial yang mencatat jarak paling jauh di dunia

Penerbangan tersebut mengambil masa keseluruhan selama 29 jam dan merentasi jarak sejauh 12,400 batu (19,958 kilometer).

Ia berlepas dari Shanghai pada jam 2 pagi waktu tempatan pada 4 Disember lalu, dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza, Buenos Aires, pada 4.45 petang, 10 minit lebih awal daripada jadual.

Walau bagaimanapun, penerbangan ini tidak layak diiktiraf sebagai penerbangan terus terpanjang di dunia kerana pesawat terbabit terpaksa singgah di Auckland, New Zealand, untuk urusan mengisi minyak dan menukar kru penerbangan.

Penerbangan komersial dari China ke Argentina mengambil masa perjalanan yang melebihi 25 jam.

Menariknya, penerbangan pulang melalui laluan yang sama memerlukan empat jam tambahan, mengukuhkan kedudukannya sebagai laluan penerbangan komersial terpanjang di dunia.

SAYS.com
Image via Aerotime

Laluan China-Argentina kini merupakan penerbangan komersial terpanjang di dunia

Sambutan meriah telah diadakan di Shanghai dan Buenos Aires bagi meraikan kejayaan penerbangan ini, manakala Auckland turut menganjurkan majlis bagi menyambut ketibaan pesawat.

Pesawat Boeing 777-300ER dengan kapasiti 316 tempat duduk itu kini dijadualkan untuk beroperasi sebanyak dua kali seminggu bagi laluan ini.

Laluan baharu ini diperkenalkan dengan tujuan utama untuk memenuhi keperluan diaspora Asia Timur di Argentina, yang dikenali sebagai salah satu komuniti yang berkembang paling pesat di negara Amerika Selatan itu.

Menurut China Eastern Airlines, laluan baharu ini berjaya mengisi kekosongan penerbangan terus antara Shanghai dan bandar-bandar utama di Amerika Selatan.

"Ia membuka 'koridor ke selatan' yang menghubungkan hujung berlawanan Lautan Pasifik dan mengubah perjalanan udara antara tiga benua," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Airline Quality

Perkhidmatan laluan China-Argentina ini kini memegang status sebagai laluan penerbangan komersial terpanjang di dunia, mengatasi rekod sebelumnya iaitu penerbangan 19 jam yang dikendalikan oleh Singapore Airlines di antara New York dan Singapura.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat penerbangan kebangsaan Australia, Qantas, sedang merancang projek ambisius yang dinamakan 'Project Sunrise'.

Projek ini melibatkan penerbangan tanpa henti di antara Sydney, London, dan New York menggunakan pesawat yang mampu terbang sehingga 22 jam tanpa henti.

Qantas menyifatkan laluan London-Sydney yang dijangka dilancarkan pada tahun 2027 dan merentasi jarak 10,573 batu (17,022.7 km) sebagai 'sempadan terakhir bagi penerbangan jarak jauh'.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: